Thursday, December 10, 2015
"Kisah sedih" Apabila duit tahlil digunakan untuk langsaikan hutang
Kisah sedih.. Apabila duit tahlil digunakan untuk langsaikan hutang | “Kami hampir kehilangan tempat berteduh selepas gagal membayar tunggakan sewa rumah dan saya terpaksa menggunakan semua wang disumbang jiran dan rakan untuk majlis tahlil arwah suami untuk melangsaikan hutang itu kerana tidak mahu anak hidup merempat,” luah ibu tunggal, Rosnani Abu Hanifah, 38.
Rosnani tinggal di Blok F Seri Seroja, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, di sini, bersama tiga anak kandung dan tiga anak tirinya yang berumur antara setahun sembilan bulan hingga 15 tahun sejak suami, Selamat Samsudin, 53 meninggal dunia akibat barah prostat pada 24 Oktober lalu.
Dia mahu bekerja untuk menyara keluarga, namun tidak dapat berbuat demikian kerana usia anak yang masih kecil dan kini hanya mengambil upah sebagai guru mengaji al-Quran di rumah.“Arwah suami terlantar di rumah selama empat bulan sebelum meninggal dunia dan bagi membantunya, saya mengambil upah mengopek ikan bilis, tetapi pendapatan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan ketika itu.
“Akhirnya, rumah kami hampir disita kerana tidak melangsaikan bayaran sewa tertunggak dan peristiwa itu masih terkesan sehingga kini kerana berlaku empat hari selepas suami meninggal dunia. “Mujur jiran, rakan dan saudara-mara datang melawat menghulurkan sumbangan dan wang itu digunakan bagi melangsaikan tunggakan sewa rumah walaupun bercadang menyimpannya untuk kegunaan waktu kecemasan,” katanya. Rosnani berkata, kepayahan hidup memaksa dirinya dan anak berjimat kerana mereka langsung tidak mempunyai simpanan kewangan peribadi.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mempunyai jiran prihatin dan tidak lokek menghulurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan makanan walaupun kadang kala terpaksa mengikat perut. “Selepas pemergian suami, ada juga jiran dan orang perseorangan tampil menghulurkan sumbangan makanan dan barangan keperluan “Tidak kurang juga menyumbang permaidani, peti ais, televisyen dan terbaru kelengkapan perabot kerana simpati dengan nasib saya sekeluarga yang tidur beralaskan tilam toto.
“Saya tidak tahu sampai bila terpaksa bergantung dengan orang sekeliling dan sedih kerana gagal memenuhi keinginan anak untuk menikmati makanan enak, namun saya tiada pilihan kecuali menyediakan nasi goreng dan bubur sebagai hidangan harian mereka,” katanya yang masih menunggu kelulusan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan melalui jiran Rosnani iaitu Amsah Che Daud menerusi akaun Maybank yang bernombor 151240097051. -Metro
Related Posts:
Terbaik!! Nenek Lahirkan Kembar Empat Pelik tapi benar. Meskipun sudah berusia 65 tahun dan menjadi nenek kepada tujuh cucu, Annegret Raunigk berjaya melahirkan bayi kembar empat. Bayi … Read More
Lelaki “Winnie The Pooh” Ada 7 Isteri Dan Rumah Besar? Beberapa hari lepas menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook apabila tersebar gambar seorang lelaki warga emas dari negara seberang mencar… Read More
7 SEBAB LELAKI TAK HANDSOME DI MALAYSIA SELALU DAPAT AWEK CUN! 7 SEBAB LELAKI TAK HANDSOME DI MALAYSIA SELALU DAPAT AWEK PERSIS MODEL | Perasan atau tidak, bila jalan-jalan di shopping mall, mesti tengok ramai c… Read More
Terbaik!! Ibu cina, anak-anak Islam? Dikenali sebagai “Cikgu Wong”, wanita yang terkenal di kalangan penduduk Kampung Putatan dikenali sebagai wanita serba boleh yang rajin bekerja, gar… Read More
Kisah Sedih Pak Cik Tua Pura-Pura Hubungi Anak Di Aidilfitri Untuk Ubati Rasa Rindu Perkongsian kisah ini di ambil dari laman Facebook Tuan Syed Azmi . Sangat menyentuh sanubari, kisah tentang seorang pak cik yang ditinggalkan di ho… Read More
0 comments:
Post a Comment