Wednesday, December 9, 2015
Iklan 'Terlajak Luc@h' D'H3rbs Dikecam?
KUALA LUMPUR: Sebuah video iklan produk kecantikan terkenal, D’Herbs mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia didakwa mempunyai unsur luc@h dan menghina golongan wanita.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, Muah Setapak.com pada 4 Disember lalu, ia memaparkan kehidupan seorang suami yang seolah ‘tidak berpuas-hati’ dengan bentuk badan yang dimiliki oleh isterinya.
Video berdurasi 2 minit 40 saat itu menunjukkan seorang lelaki mengimpikan isterinya memiliki “payudara idaman”, selain turut menunjukkan lelaki terbabit sedang berhalusinasi.
Lebih mengejutkan, dalam rakaman tersebut ia turut mengambarkan isteri lelaki terbabit yang dilakonkan anak pelakon terkenal Normah Damanhuri, Liana Rosli sebagai ‘sekeping papan’.
Bagaimanapun, wanita tersebut berjaya membuat transformasi selepas meminum produk “Payu-Up Collagen” D’Herbs yang didakwa oleh pengeluar produk tersebut sebagai mampu “menganjalkan, menegang dan menggebukan payudara”.
Ternyata, kesan menggunakan produk tersebut, lelaki terbabit terpukau dan naik ghairah dengan perubahan isterinya.
Rakaman tersebut mengundang kritikan dan kecaman dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan ia sebagai ‘iklan terlampau’.
Menyedari video tersebut menerima reaksi negatif, pengasas syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan ‘tagline’, “Terlajak Laris” tampil mendakwa bahawa video tersebut sebagai salah satu penyertaan daripada peserta bagi sebuah pertandingan parodi.
"Kepada yang join contest parodi/iklan Dherbs, saya mohon jaga sensitiviti masyarakat. Saya mewakili peserta yang terlibat memohon maaf," kata beliau di laman Instagram peribadinya,@aliffsyukriterlajaklaris, baru-baru ini.
Sementara itu, Liana Rosli pula menyatakan video tersebut dihasilkan bagi tujuan mempopularkan produk terbabit selepas menerima bayaran sebanyak RM400.
“Memang saya tahu, kita ‘shoot' untuk produk itu. Tapi saya tak jangka akan jadi viral macam sekarang. Buat masa ini, saya tak nak komen lebih, sebab tak nak ada mana-mana pihak sensitif lagi tentang isu ini,” ujarnya seperti dilapor ProjekMMO.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 692,691 kali dan mendapat perkongsian lebih 6,000 pengguna Facebook.
Related Posts:
Adakah Anda Tergolong Darah O? Maka Anda Wajib Baca Posting Ini Sepenuhnya!!!Yang mempunyai golongan darah O siapa nih? Anda Golongan Darah O? Individu dengan golongan darah O memiliki antigen O pada permukaan sel darah merahn… Read More
Lelaki Jangan Abaikan 5 Perkara Ini!! Lelaki jika mereka terlalu mengambil berat terhadap penampilan, ia dikira maskulin dan boleh membuatkan wanita berasa rimas. Namun, jika tidak meni… Read More
PENTING!! PARA IBU BAPA MESTI BACA DAN SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA! SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN PARA IBU BAPA MESTI BACA DAN SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA! SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia… Read More
Pernahkah Anda Terfikir Kenapa Wanita Mengerang Semasa Hubungan Int1m? Pernahkah Anda Terfikir Kenapa Wanita Mengerang Semasa Hubungan Intim? Melihat pasangan anda mengerang ketika mengadakan hubungan s3ks sama ada di … Read More
Semua Mesti Bace!!! Perlukah Mencuci Tangan Sehabis Memegang wang Kertas? Istimewa dan berharga, berbagai kalangan baik tua, muda, konglomerat, dan pengangguran seringkali mengharapkan keberadaan benda ini disetiap aktivi… Read More
0 comments:
Post a Comment