Thursday, December 3, 2015
Kurang Ajar!!! Teman Lelaki Bekas Isteri Lakukan “0ral S3ks” Pada Anak Perempuan
SEORANG bapa terkejut dan berang apabila melihat aksi seorang lelaki sedang melakukan s3ks 0ral ke atas salah seorang anak perempuannya di bilik tidur.
Lelaki tersebut tidak menyangka, perbuatan terkutuk terhadap anaknya itu dilakukan oleh kekasih kepada bekas isterinya.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, bapa mangsa dikatakan pergi melawat anak-anaknya yang berumur 11 dan 12 tahun di rumah bekas isterinya di Taman Desa Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 26 November lalu.
Bagaimanapun, bekas isterinya yang berusia 45 tahun enggan membenarkannya masuk dan memaklumkan anak-anaknya tiada.
Pelik dengan tingkah laku bekas isterinya, lelaki tersebut segera masuk ke dalam rumah untuk mencari anak-anak perempuannya.
Namun apabila membuka pintu bilik tidur, lelaki itu terkejut apabila mendapati seluar anaknya yang berusia 12 tahun dalam keadaan terlondeh manakala kekasih isterinya sedang melakukan s3ks 0ral.
Terkejut perbuatannya terbongkar, suspek yang berusia 27 tahun itu segera melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, bapa mangsa kemudian segera membuat laporan polis.
“Kami telah menyoal siasat kanak-kanak itu dan salah seorang daripada mereka mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama diperlakukan sedemikian.
“Mangsa mendakwa kali pertama adalah pada 25 Nov.
“Kanak-kanak itu telah mendapat pemeriksaan pihak hospital. Kami dimaklumkan bahawa semuanya baik-baik saja – tiada koyakan,” katanya.
Dalam pada itu, ACP Willey berkata, bekas isteri lelaki terbabit enggan bekerjasama dengan polis dan tidak mempercayai segala dakwaan anak-anak perempuannya.
Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai sejak 8 tahun lalu dan suspek tinggal bersama wanita itu sejak 4 tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment