Tuesday, December 8, 2015

Muhyiddin Bakal Di Pecat Dari UMNO Malam Ini?

Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bakal diadakan pada malam ini dijangka akan panas dengan khabar angin kini bertiup kencang bahawa, Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan di pecat dari jawatan dan berkemungkinan di pecat daripada UMNO. Ini berikutan beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin yang dilihat secara terang-terangan menentang Presiden parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman parti yang serius sejak akhir-akhir ini.
Menerusi satu sumber dalaman Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Najib semalam semasa menyampaikan ucapan Amanat Presiden parti, beliau tidak kisah dan boleh menerima sebarang perbezaan pendapat. Namun beliau tidak dapat menerima tindakan Timbalannya yang sentiasa menyebarkan dakyah-dakyah songsang dan tidak selari dengan dasar-dasar kerajaan dan parti. Beliau sewajarnya mengadakan pertemuan berterusan dengan Datuk Seri Mohd Najib bagi menyuarakan apa sahaja ketidak puasan hati beliau, bukan menjadi hero jalanan mahupun di media-media sosial. Jesteru, Jawatankuasa Disiplin parti menerusi Majlis Tertinggi dijangka bakal mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin malam ini. Tindakan yang sama juga mungkin akan diambil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang dilihat antara individu yang bertanggungjawab mencetuskan perbalahan dalaman didalam UMNO.
Mungkin ada yang beranggapan tindakan ini merupakan antara tindakan yang kurang popular dan memungkinkan akan berlaku sedikit perbalahan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.