Sunday, December 6, 2015
Emma Maembong Dan Aida Jebat Bergaduh?
Pelakon Ayda Jebat dan Emma Maembong bergaduh? Tapi kata sumber menyampaikan cerita, mereka bukan gaduh pukul-pukul atau maki hamun tetapi lebih bersifat perang dingin ala negara Amerika Syarikat dan Russia.
Cik Pang sempatlah juga risik-risik kepada orang keliling yang rapat dengan dua pelakon popular ini tapi mereka pun tidak tahu kerana ia tidak dinyatakan secara terbuka.
Tapi mereka mengesyaki perselisihan antara dua pelakon itu mungkin berpunca daripada lokasi penggambaran salah satu drama bersiri yang diterbitkan Michael Ang.
Orang dalam industri juga tahu yang Emma dan Ayda selalu bekerja dengan Michael dan boleh dikatakan hampir kebanyakan karya dihasilkan pengarah itu dibintangi dua pelakon ini.
Cuma timbul cerita mengatakan Ayda dan Emma bergaduh apabila kononnya kedua-dua pelakon terbabit memberi syarat kepada Michael supaya jangan menemukan mereka dalam satu drama. Jika Michael mahu mengambil mereka, pengarah itu harus memilih antara mereka.
Bagaimanapun teman Cik Pang yang bertemu dengan Michael untuk mendapatkan pengesahan sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan itu, gagal mendapatkan pengesahannya.
Malah katanya, semua yang ditimbulkan itu tidak benar dan mungkin gosip itu bertebaran disebabkan perkara berbangkit membabitkan produksi drama terbitannya.
Michael akui sebelum ini memang ada drama yang sepatutnya menggabungkan Ayda dan Emma tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana Ayda terikat dengan drama lain dan jadual tidak boleh ditunda.
Kemudian ada lagi projek yang mahu menemukan Ayda dan Emma tetapi tidak dapat juga dilaksanakan kerana Emma pula sibuk.
Apabila perkara ini berlaku, ada yang membuat andaian kononnya Ayda dan Emma tidak menyukai satu sama lain. Disebabkan itu, mereka bermain tarik tali dan cuba mencari alasan untuk tidak berada dalam satu lokasi atau bertemu muka.
Kata Michael, apabila gosip itu bertebaran tidak ada seorang pun yang bertanya padanya akan kesahihan cerita terbabit hingga ia terus diperkatakan.
Mendengarkan penjelasan itu, hati Cik Pang berasa lega. Iyalah, bayangkanlah tiba-tiba benar mereka berdua bermusuhan bukankah susah jadinya? Maklum sajalah, industri hiburan ini kecil. Suka atau tidak, pasti kita akan berlaga bahu nanti.
Related Posts:
Kasihanye... Artis Wanita Ini Tersilap Masuk Majlis.?? SS tidak tahu sama ada hendak ketawa, simpati atau apa dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita ini. SS mulanya kasihan namun apabila fiki… Read More
Michelle Yeoh Dan Jakie Chan Bercinta Selepas 30 Tahun MICHELLE YEOH TERIMA SEMULA CINTA JACKIE CHAN | Bintang filem bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 52, bersedia ‘bercint… Read More
PANAZ!! ARTIS JELITA TEMPATAN GODA LELAKI UNTUK 'TEST' DI RANJANG PANAS!! ARTIS JELITA TEMPATAN GODA LELAKI UNTUK 'TEST' DI RANJANG | Kadangkala tiket selebriti itu nyata suka dimanipulasikan sesetengah artis dan l… Read More
Subhanallah… Adam Corrie Tarik 15 Individu Peluk Islam Dengan Dakwah Subhanallah banyaknya pahala dia, pelakon yang sudah memeluk Islam, Adam Corrie memaklumkan beliau berjaya membawa 15 orang bukan Islam untuk memelu… Read More
Siapa Kekasih Sebenar Zul Ariffin? Bukan pertama kali nampaknya pelakon Zul Ariffin dikaitkan dengan pelakon Singapura, Elfaeza Ul Haq dan kali ini kemesraan mereka ketika majlis Anug… Read More
0 comments:
Post a Comment