Thursday, December 10, 2015

Terbaik!! Pendaki gunung bertaruh nyawa rakam gambar selfie

Pendaki gunung bertaruh nyawa rakam gambar selfie | Seorang pendaki gunung Amerika Syarikat (AS) sanggup mempertaruhkan nyawanya semata-mata mahu mengambil gambar selfie di hadapan kawah sebuah gunung berapi aktif yang sedang menggelegak dengan lahar panas. Walaupun perlu menghidu gas beracun dikeluarkan Gunung Berapi Benbow di Pulau Ambrym di Vanuatu, Nik Halik, 45, tetap tenang mengambil gambarnya sendiri di hadapan kawah gunung tersebut. Mail Online melaporkan, gelagat Halik merakam gambar selfie diambil rakannya, Bradley Ambrose dari New Zealand yang turut serta men­yertai ekspedisi membahayakan itu. Kedua-dua pendaki gunung itu menghabiskan masa berminggu-minggu sementara menunggu peluang terbaik untuk turun dan berada lebih dekat dengan kawah lahar Gunung Berapi Benbow. Malah, kedua-dua lelaki itu juga tidak melepaskan peluang tinggal semalaman pada paras 200 meter di dalam kawah gunung berapi berkenaan. Gambar itu pula diambil pada satu kedudukan paling rendah yang mampu dicapai oleh pendaki tanpa terdedah secara langsung dengan haba yang keluar dari tasik lahar gunung berapi berkenaan. “Bila tiada orang lain di sekeliling anda, agak mudah untuk mengeluarkan telefon dan mengambil gambar selfie. Ini sudah tentu selfie pa­ling panas setakat ini. “Bagi saya, kehidupan adalah tentang melakukan perkara yang paling menyeronokkan dan mengambil gambar di hadapan kawah gunung berapi adalah satu daripadanya,” kata Halik. -AP

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.