Monday, July 13, 2015

Harap Polis Segera Berkas Individu Ini Provokasi Perkauman!!!!!

NAMPAKNYA ada beberapa individu sudah mula mengambil kesempatan kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat untuk menyemarakkan lagi api perkauman dan pergaduhan demi kebencian mereka. Mereka mula menggunakan laman sosial Facebook untuk menulis komen yang memaparkan semangat kebencian antara kaum. Seorang lelaki yang menggunakan Facebook NG David lebih jahat apabila mengatakan orang Melayu boleh ditipu kerana bodoh.
“Kalau Melayu selalu kena tipu, pasal u orang bodoh lah broteher,” katanya. Dia juga tanpa rasa takut mencabar agar konflik perkauman ala 13 Mei 1969 diadakan semula kerana dakwanya dia sudah menunggu lama untuk saat itu. Dengan nada menghasut yang menebal, NG David mengatakan jika terjadi sekali lagi peristiwa seperti itu, dia kata “Orang Melayu akan semua balik ke dalam hutan,” dengan kurang ajar. Selain dia, seorang lagi lelaki berbangsa Cina yang memang sengaja mencetuskan kemarahan bangsa Melayu turut menulis komen yang berbaur hasutan tambahan dia menuduh yang bukan-bukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dengan nama akaun Jung Mao, dia bercerita pada awal pagi, pemuda yang dikatakan mencuri di premis jualan Oppo berkenaan sudah ditangkap tetapi mendakwa suspek berkenaan sudah dibebaskan. “Ni ceritanya, pada awal pagi pemuda mencuri di Oppo dah kena tangkap, entah rasuah ke apa pencuri dilepaskan polis dan bawan geng nak balas dendam pada waktu malam. “Akhirnya mereka kena belasah balik oleh orang Cina,” kata Mao yang kemungkinan besar bukan namanya yang sebenar. Dia kemudian menuduh bahawa anggota polis kita teruk dan suka melepaskan penjenayah sesuka hati. “Polis di negara kita memang tak guna dan lepaskan penjenayah sesuka hati,” katanya.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera dan menyiasat dan memberkas individu ini yang jelas niat mereka memburukkan lagi rentetan kejadian yang berlaku di Low Yat supaya menjadi lebih buruk. Sudah pastinya akan muncul lagi beberapa individu menggunakan kesempatan ini untuk terus memburukkan keadaan dan tindakan harus segera diambil.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.