Saturday, July 11, 2015
Suami Paksa Isteri Jalan Separuh Bog3l
NANCHANG – Gara-gara marahkan isteri yang didakwa curang dengan lelaki lain, seorang suami nekad memaksa wanita tersebut berjalan separuh bog3l di tengah-tengah bandar Yushan, China, dengan memegang sepanduk kelmarin.
Portal berita Daily Mail melaporkan, Wang Ni, 33, turut dipukul suaminya dan dipaksa berjalan berkaki ayam dengan hanya memakai pakaian dalam sambil memegang papan tanda ‘Saya mahu jual badan saya’ di sepanjang jalan mengelilingi bandar Yushan.
Suaminya, Zhang, 37, yang tinggal di bandar lain kerana faktor pekerjaan dan memiliki dua orang anak perempuan bersama Ni, mendakwa isterinya itu curang walaupun mereka sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Insiden pergaduhan rumah tangga itu berlaku apabila Zhang pulang secara tiba-tiba ke rumah selepas keluar minum bersama rakannya yang menghasut, memberitahu isterinya itu curang.
Beberapa gambar menunjukkan Ni berjalan di sepanjang jalan di Yushan, Jiangxi dengan diiringi oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang dinaiki suaminya.
Suaminya itu dilihat memandu perlahan-lahan di samping isterinya sambil melihat wanita itu dimalukan.
Hasil soal siasat mendapati, Ni tidak berlaku curang sekali gus membuktikan dakwaan suaminya itu silap, membuta tuli, dan mudah mempercayai orang lain tanpa membuat siasatan.
Zhang tampil memohon maaf melalui surat khabar tempatan, namun tidak pasti sama ada Ni menerima permohonan maaf yang dibuatnya itu. – UTUSAN
Related Posts:
Pasangan suami dan isteri orang bersekedudukan dicekup kali kedua Jitra: Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakuka… Read More
IBUBAPA JANGAN SAMPAI TERBELI BEG SEKOLAH MACAM INI UNTUK ANAK ANDA Beberapa keping gambar beg sekolah yang dikatan boleh didapati dipasaran mempunyai corak yang amat keterlaluan untuk digunakan apatah lagi diguna ol… Read More
Kantoi !!! Sambil Dukung Bayi Pasangan Ini henjut depan khalayak ramai Entah apa yang difikirkan kedua pasangan ini keduanya seenaknya melakukan s@ks di tempat awam,Dipetik mirror, Seorang penumpang merakam detik-detik … Read More
Lelaki rogol isteri rakan serumah kerana suaranya sedap Kuala Lumpur: Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suam… Read More
Saiz Aset Elizabeth Tan jadi pertikaian.. Lagi berkualiti dari Christina Peri katanya.. Selasa lalu telah berlangsungnya konsert Christina Perri ‘The Head Of Heart Tour’ di KL Live.. Elizabeth Tan turut ada untuk memeriahkan konsert.. … Read More
0 comments:
Post a Comment