Friday, June 12, 2015
Terbaik!! Ini Kisah Hisao Dan Kura-Kura Besar Bon-Chan
TOKYO, 12 Jun – Seorang lelaki Jepun menarik perhatian orang ramai apabila dia dan binatang peliharaannya, iaitu seekor kura-kura besar menjadi viral di internet apabila mereka berdua berjalan-jalan di sekitar Tokyo, Jepun.
Beliau seorang Pengarah Pengebumian Mitani Hisao memberitahu kura-kura itu sudah dipelihara dan dijaganya selama 19 tahun, dan ia dianggap sebagai anak kepada Hisao.
Hisao berkata, kura-kura berasal dari Africa itu pada mulanya hanya bersaiz kecil kira-kira 5cm ketika membelinya dari sebuah kedai haiwan peliharaan.
“Saya tidak pernah mempunyai anak, tetapi 19 tahun lepas isteri saya tertarik dengan seekor kura-kura kecil dan terus mahu mendapatkannya seperti satu hubungan yang kuat.
“Saya tidak boleh meninggalkan kedai itu tanpa kura-kura itu,” katanya.
Jadi mereka membeli kura-kura berkenaan yang dinamaka Bon-chan.
“Kami tidak sangka ia akan membesar sehingga sebegini rupa,” gurau Hisao.
Bon-chan kini merupakan seekor kura-kura dewasa yang berukuran 75cm dan beratnya ialah 70kg.
Selama bertahun-tahun, hubungan kedua-duanya antara Hisao dan Bon-chan semakin kuat.
Mereka biasanya berjalan bersiar-siar bersama, berkongsi rahsia dan juga berpakaian sedondon sekali sekala.
“Bon-chan ialah satu-satunya nyawa di dalam keluarga yang mendengar cakap saya, jadi saya sentiasa bersamanya sepanjang masa.
“Saya hanya panggil namanya dan dia akan datang pada saya, dia tahu segala-galanya rahsia kotor saya, saya akan menghadapi masalah besar jika Bon-chan tahu bercakap,” katanya.
Menurut Hisao, dia membawa Bon-chan bersiar selala tiga kali seminggu, dan kura-kura itu begitu menyukainya.
Kura-kura itu sudah pun ada laluan sendiri iaitu kira-kira selama sejam setengah perjalanan.
“Saya boleh bersabar, tapi Bon-chan tidaklah terlalu perlahan, dia sudah menghafal laluan itu dan ingatannya kuat, jadi saya yang kebanyakannya mengikutnya.
“Kami bersiar-siar di kawasan kejiranan ini, dan kami agak terkenal di sini.
“Jika ada perempuan comel melintasi kami, Bon-chan akan mula mengikuti perempuan itu,” kata Hisao.
Dalam perjalanan mereka bersiar-siar, Hisao akan membawa bersama beg berisi lobak merah, kobis, beg plastik untuk mengutip najis Bon-chan dan sebotol air untuk membasuh air kencing kura-kura itu di kaki lima.
Related Posts:
Terbaik!! Anakanda Sultan Johor Bersembang Di Instagram Jadi Viral? PERBUALAN bersahaja tiga anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencuit hati nyata mencuri perhatian netizen di laman Instagram.… Read More
Wanita ini diceraikan suami kerana gemuk dan menggelikan, namun lihat foto apa yang terjadi kepada suaminya setelah dia kurus dan seksi...Padam Muka!!! Karena memiliki tubuh yang gemuk dan dianggap jelk oleh suaminya wanita ini akhirnya di ceraikan oleh suaminya, namun perlakuan yang dilakukan oleh … Read More
Terbaik!!! Manusia Luar Biase Yang Tidak Penat Berlari! Percayakah anda, ada seorang lelaki yang mampu berlari selama tiga hari tiga malam tanpa henti dan langsung tidak merasa penat dan letih?! Lelaki l… Read More
Apa Yang Berlaku Seterusnya Sangat MENGEJUTKAN!!!Bayi Tak Cukup Bulan Ini Letak Tangannya Di Badan Kembarnya Yang KRITIKAL.. Apa Yang Berlaku Seterusnya Sangat MENGEJUTKAN !!! | Bagi yang tak paham E… Read More
TMJ Titah Turunkan Bendera Jalur Gemilang Serta-Merta Di Seluruh Johor? Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan se… Read More
0 comments:
Post a Comment