Friday, June 12, 2015
Pelajar dir0gol kenalan WeChat
Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini, bukan sahaja menjadi mangsa r0gol, malah turut dic@bul oleh rakan lelaki yang hanya dikenal melalui wechat, awal Mei lalu.
Kejadian malang yang dilalui mangsa, 13, bermula pada 2 Mei lalu, apabila suspek yang dipercayai seniornya di sekolah sama mengajak untuk berjumpa di sebuah kedai runcit lebih kurang jam 2.50 petang.
Bagaimanapun, pada awalnya, mangsa dikatakan menolak pelawaan suspek tetapi sebaliknya bertindak bodoh dengan mengajak suspek bertandang ke rumahnya di Kampung Jati, Gong Badak, di sini.
Menurut sumber, tindakan mangsa itu membawa padah apabila suspek terus bersetuju dan tiba di rumah mangsa lebih kurang jam 3 petang, hari kejadian.
“Mangsa dipercayai mengajak suspek masuk ke dalam rumah sebelum kedua-duanya berehat di ruang tamu sambil bersembang.
“Namun, setelah beberapa minit berlalu, suspek mula bertindak di luar kawalan apabila dipercayai melakukan kekerasan jenayah seksual dengan meraba dan merogol mangsa di situ,” katanya.
Jelasnya, sebaik sahaja melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa kerana bimbang perbuatannya disedari ahli keluarga ataupun jiran mangsa yang berada berhampiran.
Katanya lagi, mangsa yang mengambil keputusan berdiam diri dan tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis bagaimanapun sekali lagi berdepan kejadian sama apabila dicabul suspek, pada 18 Mei lalu, lebih kurang jam 9.15 pagi di sekolah mereka.
Kecewa diperlakukan sedemikian, mangsa nekad membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian serta menjelaskan suspek yang dicari sejak laporan dibuat berjaya ditangkap pada 9 Jun lalu dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Related Posts:
Pelajar Rugi RM200 Ditipu 'Pensyarah UTM'?"Salam admin Oh Media boleh tolong sharekan cerita ni? Terima kasih banyak2. Saya minta tolong biar kes ni tak berulang. Kes tipu duit di KL Sentral. … Read More
Mengapa Wanita Dibog3l Dan Dimalukan Depan Khalayak Seorang wanita dibog3l dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "say… Read More
Anak Lelaki 14tahun Rgol Ibu Sedang Tidur BLACKPOOL – Seorang ibu terkejut selepas terbangun dari tidur pada waktu malam dan mendapati anak lelakinya yang berusia 14 tahun sedang m3rgolnya. … Read More
Luluh Hati Suami, Cekup Isteri Aksi Henjut Dengan Mat Afrika Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel m… Read More
LUAHAN INTAN..17 HARI DIKENDURI BANGLA SECARA PAKSA!! LUAHAN INTAN..17 HARI DIKENDURI BANGLADESH SECARA PAKSA!! | Kuala Lumpur: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya, saya diperlaku… Read More
0 comments:
Post a Comment