Thursday, June 18, 2015
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI MALAYSIA | Umum mengetahui bahwa ummat islam yang berkemampuan diwajibkan membayar zakat fitrah seperti mana yang tertulis dalam rukun islam yang ke empat “membayar zakat” zakat fitrah dan juga zakat harta bagi yang mampu.
pada ummat islam umumnya bayaran Zakat seelok eloknya di buat bermula pada awal bulan ramadhan dan selewat lewatnya sebelum bulan syawal.
Berikut Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri Di Malaysia Yang Telah Di Umumkan
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
Cukup Haul– Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
0 comments:
Post a Comment