Tuesday, June 9, 2015
Kantoi!! Viral Wanita Kena Pakai Kain Sarung Di JPJ
PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa disuruh memakai kain sarung untuk menutup aurat oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mangsa, Suzanna G.L. Tan memuatnaik status di Facebook yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan layanan itu sehingga menyebabkan dia sukar meneruskan urusan untuk menukar nama kereta setelah menjual kereta berkenaan.
“Ketika di kaunter nombor, mereka beri saya sehelai kain sarong untuk dipakai atau mereka tidak akan melayan saya”, katanya dalam posting tersebut.
“Jadi, saya kelihatan seperti ini, sebuah beg! Hanya untuk duduk di hadapan cermin kaunter dimana hanya bahagian atas badan sahaja yang kelihatan kepada pegawai, saya tak tahu sama ada patut gelak atau menangis, katanya lagi.
Sehubungan dengan kejadian itu, dilaporkan seorang pegawai perhubungan awam JPJ berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.
“Kami sedang menyiasat bila dan dimana insiden itu berlaku. Sekiranya kami tahu dimana ia berlaku, kami mahu laporan daripada pegawai tersebut,” katanya.
Malah pegawai itu juga katanya etika pakaian perlu dipatuhi ketika memasuki premis kerajaan.
“Kita harus berpakaian mengikut etika berpakaian ketika berada di premis kerajaan. Di beberapa pejabat kami, terdapat papan tanda kod berpakaian yang diletakkan di dinding pejabat. Saya percaya terdapat satu di pejabat ini.”, katanya memetik Mstar Online.
BACA – Kod Etika Pakaian Di JPJ
Melalui laman twitter JPJ juga, mereka memuatnaik status etika cara pakaian pelawat yang perlu dihormati.
Related Posts:
Kantoi!!! Surat Jawapan Isteri Kepada Suami Curang Dengan Janda Pengakuan seorang suami curang dengan janda atas alasa hilang selera kepada isterinya baru-baru ini mengundang jawapan dari pihak isterinya pula. … Read More
Rileks brader!! ‘Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!’ – Pemilik bengkel ni layan customer macam sampahSalam, saya nak kongsi pengalaman saya terkena dengan kedai ini petang semalam. Kereta saya tak boleh buka pintu dari dalam bahagian pemandu. Jadi, sa… Read More
Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik!!! – Yeo Abdullah SAYA sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan h… Read More
Foto Remaja Akhir Zaman!! Inilah dia, budak-budak yang masih bersekolah tapi baru nak belajar benda-benda yang bagi mereka cool. Perkara atau fenomena budak-budak baru nak up… Read More
Perempuan Itu Sendiri Kata Tak Kisah Digelar Perampas "Perkahwinan itu bukan mudah. Isteri itu amanah, bukan untuk dipakai buang," Sayu hati mengenang nasib sahabat saya ini. Berat lagi dugaan buat dia… Read More
0 comments:
Post a Comment