Wednesday, May 20, 2015
Adoi!! Lelaki Terselamat Walaupun Mata Tertusuk Paku 3 Inci?
Gambar yang mengejutkan ini menunjukkan keajaiban berlaku kepada seorang pekebun landskap apabila sebatang paku sepanjang 3 inci tertusuk matanya.
Lelaki berkenaan yang berumur 27 tahun itu mengalami insiden terbabit ketika menggunakan mesin pemotong rumput.
Lebih mengejutkan, selepas pihak doktor mengeluarkan paku tersebut, selepas 8 minggu, penglihatan lelaki tersebut kembali seperti biasa!
Tetapi, pakar perubatan berkata, paku tersebut tertusuk sangat hampir dengan otaknya yang boleh membuatkan kecederaan parah.
Pakar bedah Neuro Hospital Massachusetts Boston, Dr. Wael Asaad katanya mereka bimbang sekiranya mereka mengeluarkan paku tersebut, pendarahan teruk boleh berlaku.
“Tetapi nasib baik segalanya berjalan dengan lancar dan lelaki tersebut juga sudah sembuh sepenuhnya”, katanya.
Ketika prosedur pembedahan, seorang pakar bedah bersedia untuk pendarahan di kepala, seorang pakar bedah di bahagian leher dan seorang pakar akan menarik keluar paku tersebut.
“Selepas paku dikeluarkan, tiada pendarahan yang berlaku dan pesakit diberi antibiotik untuk pencegahan kuman, selepas 8 minggu, pesakit pulih seperti biasa”, jelasnya.
Dr. Assad memberitahu, bahawa kes yang berlaku pada dua tahun lalu itu diselitkan ke dalam edisi terbaharu ‘Jurnal Perubatan New England’ sebagai salah satu kajian kes.
Related Posts:
Video Apa Jadi Apabila Seorang Lelaki Cuba Berenang Bersama Ikan Pirana seorang pengacara terkenal iaitu jeremy wade yang popular dengan rancangan yang bertajuk river monster telah membuat sesuatu aksi yang sangat merbah… Read More
Tragis!! Badan Putus Dua digilis Tren Komuter Kisah tragis yang berlaku semalam di Kuala Lumpur. Sangat menyedihkan apabila seorang wartawan maut dalam insiden yang mengerikan ini. Memetik lapor… Read More
Wanita Cantik Ini Adalah Ketua Pembunuh Upahan Paling Di Geruni??!! (5 Gambar) Penampilan wanita ini mirip artis Kim Kardashian. Selain itu dia juga sering berpose ala isteri rapper Kanye West. Namun Claudia Ochoa Felix bukanl… Read More
Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang. Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan. Terima kasih sudi menjadi isteri … Read More
[Video] Memang Laju!! Kereta MyVi Berlumba Di Lebuhraya Duke Rakaman Video Kereta MyVi Berlumba Di Lebuhraya Duke | Sebuah rakaman video yang menunjukkan aksi pemandu kereta Perodua MyVi berlumba secara haram … Read More
0 comments:
Post a Comment