Wednesday, May 13, 2015
Tragis!! Gadis Selfie Atas Keretapi Hingga Mati Melecur
BUCHAREST – Seorang gadis belasan tahun mati melecur selepas tersentuh kabel elektrik berkuasa tinggi ketika cuba merakam selfie di atas bumbung kereta api.
Anna Ursu, 18, dan rakannya pergi ke sebuah stesen kereta api di bandar Iasi di timur laut Romania untuk merakam selfie untuk dimuatnaik ke Facebook.
Tetapi, ketika baring di atas bumbung sebuah gerabak kereta api, sebelah kakinya yang diangkat ke udara tersangkut pada kabel elektrik 27,000 voltan, menyebabkan dia terbakar serta-merta.
Kedua-dua gadis itu dibawa ke hospital dengan helikopter, tetapi Anna meninggal dunia sebaik tiba dengan 50 peratus tubuhnya melecur teruk.
Rakannya yang beransur pulih memberitahu penyiasat, mereka mahu merakam selfie di tempat yang dianggap pelik tanpa memikirkan mengenai bahaya yang bakal dihadapi.
Seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu dan antara orang pertama berusaha menyelamatkan kedua-dua mangsa berkata, dia melihat mereka bermain di atas kereta api itu.
Menyedari bahaya kabel elektrik berkenaan, dia menjerit menggesa kedua-dua gadis itu tunduk dan berhenti menjulurkan kaki mereka ke atas.
Beberapa saat kemudian, satu letupan kuat kedengaran dan dia melihat Anna terbakar. – Agensi
Related Posts:
Kantoi!!! Surat Jawapan Isteri Kepada Suami Curang Dengan Janda Pengakuan seorang suami curang dengan janda atas alasa hilang selera kepada isterinya baru-baru ini mengundang jawapan dari pihak isterinya pula. … Read More
Perempuan Itu Sendiri Kata Tak Kisah Digelar Perampas "Perkahwinan itu bukan mudah. Isteri itu amanah, bukan untuk dipakai buang," Sayu hati mengenang nasib sahabat saya ini. Berat lagi dugaan buat dia… Read More
Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik!!! – Yeo Abdullah SAYA sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan h… Read More
Semua Mesti Bace!!! 'Apa Hal Mamat Ni Nak Tolong Isi Minyak?' Kisah pelik pagi ini. Singgah di stesen Shell, nak isi minyak. Semasa nak parking, nampak ada kereta Proton Inspira berwarna hitam pun parking di pa… Read More
Foto Remaja Akhir Zaman!! Inilah dia, budak-budak yang masih bersekolah tapi baru nak belajar benda-benda yang bagi mereka cool. Perkara atau fenomena budak-budak baru nak up… Read More
0 comments:
Post a Comment