Sunday, May 17, 2015
Bermula Dari Wechat, Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang!
Kisah terlanjur nya seorang isteri akibat “wechat”
Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.
Isterinya mengandung, kami berkenalan
Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja…
Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah mengatur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut…
Terlanjur jua akhirnya…
Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan…
Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.
Kenapa sanggup curang?
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya… Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat…
Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami…
Terima lamaran…
Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu datang melamar… Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.
Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya….
Saya suruh dia jumpa keluarga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”
Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. S3ks dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya saya….
Hari ijabkabul…
Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia. Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya…
Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini…
Hubungan jarak jauh Saya tinggal jauh dari suami.
Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu.
0 comments:
Post a Comment