Tuesday, May 19, 2015
Melly Goeslow Jawab Kritikan Hijab Pasu Bunga?
Penyanyi dan komposer ternama indonesia, Melly Goeslaw telah tampil dengan imej baru dengan mengenakan hijab bermula tahun lalu. Semakin ayu selepas memakai tudung, Melly sering tampil dengan gaya hijab tersendiri.
Namun begitu, penampilan hijab Melly dihentam ramai peminat baru-baru ini. Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik Melly di laman Instagram miliknya pada minggu lalu, Melly mengenakan hijab dengan gaya yang sedikit pelik.
Menerusi gambar tersebut, ramai peminat meninggalkan komen negatif terhadap bentuk hijab yang digayakan oleh Melly. Ada juga yang berfikiran positif dan menganggap gaya hijab tersebut hanya digayakan untuk sesi fotografi sahaja. Lebih teruk lagi, ada antara peminat yang menggelarkan gaya hijab yang dipakai oleh Melly merupakan gaya hijab pasu bunga.
Menjawab kritikan dan hentaman peminat, Melly memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang berbunyi, “Saya bukan wanita berhijab, saya hanya wanita yang sangat bahagia menutup bahagian-bahagian tubuh saya yang sebaiknya ditutup dan belum memenuhi syarat-syarat seperti wanita berhijab.
Saya senang menutup rambut dan leher saya dengan kain atau bahan-bahan lain yang lazim mahupun tak lazim dipakai di rambut. Jika wanita berhijab adalah wanita yang paling dianggap betul dalam banyak hal, maka itu masih jauh dari diri saya,” tulis Melly.
– Murai
Related Posts:
Kasihanye... Artis Wanita Ini Tersilap Masuk Majlis.?? SS tidak tahu sama ada hendak ketawa, simpati atau apa dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita ini. SS mulanya kasihan namun apabila fiki… Read More
Apelah!! Pelawak Kasanova Tunjuk ‘Anu’, Rayu Gambar Bog3l Melalui akhbar tempatan seorang pelawak telah di gelar Kasanova gara-gara berborak l*cah di laman Whats App. Pelawak terbabit telah memujuk wanita t… Read More
PANAZ!! ARTIS JELITA TEMPATAN GODA LELAKI UNTUK 'TEST' DI RANJANG PANAS!! ARTIS JELITA TEMPATAN GODA LELAKI UNTUK 'TEST' DI RANJANG | Kadangkala tiket selebriti itu nyata suka dimanipulasikan sesetengah artis dan l… Read More
Nora Danis Buka Cafe Dan Butik Kami suka mendengar kisah selebriti yang memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar. Tidaklah hanya bergantung kepada pendapatan sebagai seleb… Read More
Gemuk Boleh Buat Kerja - Abam Pelawak Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam menyifatkan kejayaannya meraih gelaran Pelakon Komedi Paling Popular pada majlis anugerah… Read More
0 comments:
Post a Comment