Monday, May 11, 2015
Gempar!! Penduduk Sasak Kahwin Darah Daging Sendiri?
LOMBOK, 11 Mei – Keunikan budaya dan adat yang berbeza di setiap tempat kita lawati sebenarnya mencorakkan lagi pengetahuan dan juga dapat membuka mata kita tentang seisi dunia.
Berkesempatan menjejakkan kaki di Lombok baru-baru ini, kami diberi peluang dan kesempatan untuk melawat satu kawasan kebudayaan terjaga rapi di sini iaitu di – Sasak.
Tourist guide kami di sana menceritakan bahawa adat perkahwinan di Sasak yang berkahwin dengan darah daging sendiri masih lagi diteruskan sehingga kini.
Malah dalam masa yang sama, di sini juga adat menculik anak gadis yang ingin dinikahi juga kuat diamalkan. Rupa-rupanya daripada apa yang diterangkan kepada kami, kejadian menculik itu sebenarnya adalah di atas kerelaan gadis itu sendiri.
Maka, jika si gadis sudah dibawa ke rumah bakal suami, kiranya gadis itu juga sudah bersetuju untuk menjadi isteri kepada lelaki tersebut.
Malah ada juga di antara kaum Sasak yang tidak berkahwin dengan darah daging sendiri namun bakal suami harus membayar sejumlah wang kepada pihak keluarga wanita bagi menebus perkara tersebut.
Rumah Dari Najis Lembu
Lebih unik lagi, rumah di kawasan ini juga semunya dibuat daripada najis lembu. Kami pun terkejut juga sebenarnya ketika sampai sebab ingatkan berbau dan kotor tetapi sebenarnya semuanya bersih-bersih belaka malah jika sekali lihat sama sahaja seperti simen.
Apa yang kami ceritakan di atas merupakan beberapa perkara dan juga adat yang unik ada di Lombok. Luangkan sedikit masa anda di sini bagi memahami dengan lebih mendalam budaya luar.
Di Sasak, rata-rata wanita di sini menjalankan perniagaan menenun sutera dan juga menjual batu cincin yang rata-rata warnanya memang menarik.
– Vitdaily
Related Posts:
Ibu Tak Tahu Mengandung Lahirkan Bayi Dalam Pesawat Air Canada Seorang wanita yang dalam penerbangan dari Calgary, Kanada ke Tokyo, Jepun melahirkan seorang bayi perempuan tanpa mengetahui bahawa dirinya mengand… Read More
Ujian Pemeriksaan Dara Di Indonesia Adalah Kejam? JAKARTA, 15 Mei – Syarat perlu menjalani ujian dara kepada wanita yang mahu menyertai angkatan tentera adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan me… Read More
Terbaik!! Video Batu Delima RM109juta! GENEVA: Keindahan merah pekatnya seolah-olah warna darah merpati menyebabkan sebutir batu delima 25.59 karat telah berjaya di jual dengan rekod tert… Read More
Video Gadis Cun Buat Teknik Tayang Lurah Luar Biasa Lariskan Jualan Ice Cream? Seorang gadis cun menjual ais krim di sebuah gerai pasar malam di Taipei telah menjadi sensasi setelah gambar dan rakaman video dimuat naik dalam in… Read More
Melbourne Larang Polis Berjanggut? MELBOURNE — Mahkamah tertinggi Australia pada Khamis akhirnya mengesahkan peraturan ditetapkan kerajaan tempatan berhubung larangan anggota polis le… Read More
0 comments:
Post a Comment