Saturday, May 16, 2015
Kantoi!! ‘Kawan Makan Kawan’- R0gol Isteri Kawan Baik Sendiri
‘Kawan makan kawan’ itulah istilah tepat ditujukan kepada seorang lelaki yang tergamak ambil kesempatan dengan cuba mer0gol isteri rakan baiknya semasa lelaki itu tiada di rumah, dalam kejadian di Paka, Dungun, Selasa lalu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 1 pagi itu, mangsa, 19, hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya yang baru berusia tujuh bulan apabila suaminya yang bekerja sebagai buruh dikatakan tiada di rumah kerana terpaksa menjalankan kerja luar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dikatakan sedang tidur itu dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu rumahnya beberapa kali.
“Sebaik membuka pintu itu, mangsa terkejut melihat suspek yang dikenali itu berdiri di hadapan pintu lalu suspek bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum meluru masuk ke dalam rumah.
“Setelah itu, suspek terus mengunci pintu rumah sebelum mencabul mangsa dan dipercayai cuba untuk merogolnya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa melawan, namun suspek yang juga rakan baik kepada suaminya itu bertindak mencekik lehernya sambil mengacukan sebilah pisau ke arah mukanya.
“Suspek turut ugut akan bunuh mangsa sekiranya memaklumkan kejadian ini kepada suaminya itu sambil cuba hendak mencederakan mangsa dengan pisau di tangannya.
“Bagaimanapun, mangsa nekad melawan selamatkan diri serta maruahnya dan menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya.
Jelas Wan Abd Aziz, pada keesokan harinya, sebaik sahaja suaminya pulang, mangsa terus ceritakan kejadian itu menyebabkan suaminya bengang sebelum mengambil keputusan mengajak mangsa mencari suspek.
“Namun, setibanya mereka di lokasi yang sememangnya menjadi tempat suspek melepak, suspek terus mengambil sebatang kayu lalu bertindak memukul suami mangsa, namun dia sempat menyelamatkan diri.
“Tidak puas hati dengan tindakan suspek, suami mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Paka untuk tindakan susulan,” katanya.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Related Posts:
Kantoi!! Akhirnya kandungan pelajar darjah 6 ini terbongkar… Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dir0gol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan… Read More
Kantoi!! Ibu Tunggal Dicabul Ahli Syarikat MLM KUALA LUMPUR – Bukan sahaja kehilangan RM80,000 malah seorang ibu tunggal dicabul pula oleh mentor syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM). M T… Read More
Video Lepas kena R0gol, usung tilam tanda protes? R0GOL!! Perkataan ini sahaja sudah mengerunkan pada semua wanita apa tah lagi jika berlaku terhadap diri kita sendiri. Ada banyak kes r0gol yang ber… Read More
Akibat Curang,Lelaki Ini Sembelih Kepala Isterinya!!! Seorang lelaki di India telah menyembelih kepala isterinya kerana curang dengan lelaki lain. Lepas dia dah sembelih kepala isteri dia, lelaki terseb… Read More
Video Suami Bakar Isteri!! Video ini menunjukkan kejadian mangsa dibakar oleh suaminya kerana isterinya tidak meminta izin untuk keluar dari rumah. Kejadian ini berlaku di Mul… Read More
0 comments:
Post a Comment