Sunday, May 17, 2015

Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud?

Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu perjanjian kerjasama untuk mewujudkan satu terusan yang bakal menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau. Perjanjian tersebut sebuah syarikat gergasi dari China dibenarkan melabur di selatan Thailand untuk pembinaan semula lapangan terbang, pelaburan dan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai. Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez. Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter. Dikatakan cadangan tersebut sebenarnya bukanlah cadangan baru tetapi telah di cadangkan oleh Raja Narai pada tahun 1677 lagi dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.
Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia. Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa. Anggaran awal kos pembinaan Terusan Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia. Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.
Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura. Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut. - Sikapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.