Monday, May 11, 2015
Ronnie Sah Disingkir Dari Hyper Act?
PETALING JAYA – Sebelum ini desas desus mengatakan Hyper Act bertelingkah sesama sendiri akhirnya terjawab selepas anggota Hyper Act, Toi, sendiri memaklumkan penyingkiran vokalis utama kumpulan itu, Ronnie.
Menurut sumber, keputusan itu diambil kerana anggota lain tidak berpuas hati apabila Ronnie tidak pernah memberikan bayaran 30 peratus kepada syarikat mereka Hype Beat bagi setiap undangan persembahan solo penyanyi itu.
Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 34, bagaimanapun memberitahu Mstar Online bahawa keputusan untuk keluar daripada Hyper Act dibuat secara sukarela dan bukannya disingkirkan.
“Saya bukannya disingkirkan tanpa pengetahuan saya seperti mana diperkatakan sebelum ini tetapi ia atas perbincangan bersama di antara kami.
“Bagi saya tidak ada apa yang ingin diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai dengan baik,” katanya.
Ronnie bagaimanapun enggan mengulas lanjut kononnya berlaku pertelingkahan diantara anggota kumpulan tersebut namun menegaskan hubungan mereka masih terjalin baik.
Walaupun Ronnie dan Hyper Act sudah mengambil haluan sendiri, namun semoga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Related Posts:
Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab … Read More
Jamal Mahu Bantu Zamani “Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan … Read More
Bekas Isteri Jimmy Shanley Dihukum Penjara 7 Hari SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi memerintahkan bekas isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi … Read More
Bikini peserta Miss California tertanggal Tak dapat dibayangkan betapa malunya kalau berada di tempat peserta Miss California, Chanelle Riggan ini! Langkah dan senyuman yang sudah diatur de… Read More
Bekas Isteri Nedim Bakal Buat Nora Danish Tergugat Kredit penuh kepada blog hiburan yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang semak… Read More
0 comments:
Post a Comment