Tuesday, May 19, 2015
Wanita koma selama 42 tahun kerana dir0gol akhirnya meninggal dunia
Seorang wanita di India yang koma selama 42 tahun selepas dir0gol dan didera, akhirnya menghembuskan nafas terakhir Ahad lalu.
Aruna Shanbaug dir0gol dan dicekik oleh seorang pekerja hospital di Mumbai pada tahun 1973, yang mengakibatkan kecederaan teruk pada otaknya. Rakan Aruna, Pinki Virani, telah bertahun-tahun cuba mendapatkan petisyen agar hospital dibenarkan menamatkan riwayat Aruna, namun gagal.
Minggu lalu, Aruna diserang pneumonia yang membawa kepada persetujuan para doktor untuk melepaskannya dari mesin sokongan hidup.
Aruna merupakan bekas jururawat, diserang seorang lelaki, Sohanlal Bhartha Walmiki, ketika baru sahaja selesai bekerja shif malam. Dia diperkosa dalam keadaan lehernya diikat dengan rantai anjing, mengakibatkan kerosakan yang teruk pada sel otaknya. Lelaki itu dipenjarakan atas kesalahan cubaan membunuh tetapi pihak pendakwa memilih untuk tidak mendakwanya atas kesalahan mer0gol. Dia bagaimanapun sudah dibebaskan dari penjara beberapa tahun lalu.
Sumber: astro awani
0 comments:
Post a Comment