Friday, May 22, 2015
Nasha Aziz Sudah Berhijrah??
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita yang tinggi lampai ini . Menjadi kegilaan jejaka-jejaka Malaya dulu sehingga kini. Nasha Aziz, 44, seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem “TOP” suatu ketika dahulu. Antaranya filem BARA (gandingan bersama Awie), Laila Isabella dan beberapa lagi filem yang menjadi kegilaan ramai di era 90an dan awal era 2000.
Menurut sumber yang tidak dikenali, Nasha dilihat menghadiri satu majlis ilmu. Hmm.. Agak lama juga ya Nasha menyepi dari industri hiburan kan?
“dikkk, awak punya botol kee” aku geleng. Terus pandang muka dia “perghhh Nasha Aziz!!!” Masyaallah cantek gler tanpa make uppp. Rupanya botol dia. Pastu dia dok sebelah aku. Heww aku teramek tmpt dia rupanya hahahha.” kata sumber.
Gambar Nasha yang sempat dirakam kelihatan sedang tekun membaca surah di telefon bimbit sambil mendengar ceramah ilmu oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin. Dia juga kelihatan sentiasa berzikir sambil memegang tasbih.
Menurut sumber lagi, beliau juga sudah banyak kali terjumpa selebriti-selebriti lain yang menghadiri majlis ilmu antaranya Abby Abadi, Anne Ngasri, Lisdawati dan Yatt Hamzah.
Apa yang ingin disampaikan oleh sumber, kita janganlah sesekali “judge” selebriti dengan menyatakan kehidupan mereka semua “tidak baik” sedangkan kehidupan mereka tanpa kita sedari mungkin jauh lebih baik dari kita.
Related Posts:
Melly Goeslow Jawab Kritikan Hijab Pasu Bunga? Penyanyi dan komposer ternama indonesia, Melly Goeslaw telah tampil dengan imej baru dengan mengenakan hijab bermula tahun lalu. Semakin ayu selepas… Read More
Rita Rudaini bongkar individu yang sering ganggu setiap malam? Pehhh memang panas! Rita Rudaini dikatakan berang lalu memuat naik satu gambar yang terpampang nombor telefon seseorang yang dikatakan sering mengga… Read More
Gambar anak perempuan Ajak Shiro yang comel gile!! Ajak Shiro dan isterinya menimang kelahiran anak ketiga mereka pada 1 petang 25 Mac yang lalu. Apa yang istimewanya, ketiga-tiga anak pasangan ini l… Read More
Nasha Aziz Sudah Berhijrah?? Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita yang tinggi lampai ini . Menjadi kegilaan jejaka-jejaka Malaya dulu sehingga kini. Nasha Aziz, 4… Read More
Kerana maki polis, Keith Foo didenda RM100? Pelakon popular, Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.… Read More
0 comments:
Post a Comment