Tuesday, May 19, 2015
Tragis!! Badan Putus Dua digilis Tren Komuter
Kisah tragis yang berlaku semalam di Kuala Lumpur. Sangat menyedihkan apabila seorang wartawan maut dalam insiden yang mengerikan ini. Memetik laporan MyMetro, seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terbelah dua akibat digilis tren komuter. Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mayat mangsa, K Anamalay, 67, ditemui orang ramai di landasan berhampiran Stesen Komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, di sini.
Difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa sempat bersarapan bersama rakannya di sebuah restoran di Jalan Ipoh sebelum masing-masing menuju ke tempat kerja. Seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau mengadu berdepan dengan masalah.
“Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh. Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian,” katanya.
Sementara itu, sumber Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi sebelum menghantar pasukan KTMB ke lokasi untuk siasatan.
“Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua. Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Related Posts:
Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang. Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan. Terima kasih sudi menjadi isteri … Read More
Wanita Cantik Ini Adalah Ketua Pembunuh Upahan Paling Di Geruni??!! (5 Gambar) Penampilan wanita ini mirip artis Kim Kardashian. Selain itu dia juga sering berpose ala isteri rapper Kanye West. Namun Claudia Ochoa Felix bukanl… Read More
[Video] Memang Laju!! Kereta MyVi Berlumba Di Lebuhraya Duke Rakaman Video Kereta MyVi Berlumba Di Lebuhraya Duke | Sebuah rakaman video yang menunjukkan aksi pemandu kereta Perodua MyVi berlumba secara haram … Read More
Video Apa Jadi Apabila Seorang Lelaki Cuba Berenang Bersama Ikan Pirana seorang pengacara terkenal iaitu jeremy wade yang popular dengan rancangan yang bertajuk river monster telah membuat sesuatu aksi yang sangat merbah… Read More
Tragis!! Badan Putus Dua digilis Tren Komuter Kisah tragis yang berlaku semalam di Kuala Lumpur. Sangat menyedihkan apabila seorang wartawan maut dalam insiden yang mengerikan ini. Memetik lapor… Read More
0 comments:
Post a Comment