Monday, May 18, 2015
Kerana takut sakit bersalin, wanita ini sedut syabu?
Seorang ibu muda yang sarat mengandung sempat mengambil dadah untuk melepaskan gian ketika menunggu hari bersalin sebelum ditahan dalam satu operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jumaat lalu.
Wanita berusia 19 tahun itu adalah antara empat wanita termasuk seorang remaja berusia 14 tahun daripada 39 individu yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah Ampang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Relawan Malaysia (RELA).
Dia yang ditahan bersama seorang rakan selepas didapati positif dadah jenis syabu dan mengaku terlebih sehari daripada tarikh sepatutnya dia melahirkan anak. Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mengaku mengambil dadah kerana mahu melepaskan perasaan bimbang ketika melahirkan anak nanti.
Menurutnya, walaupun mengetahui kemungkinan implikasi buruk yang bakal ditanggung khususnya terhadap anak dikandung, dia gagal mengawal diri daripada mengambil bahan larangan itu. Kegilaan apakah ini!
Mungkin wanita ini tidak sedar kesan buruk yang bakal berlaku kepada bayi yang dikandungnya. Manusia zaman sekarang dah hilang kewarasan apabila lebih mementingkan diri sendiri dari nyawa yang dikandungnya.
Related Posts:
Akhirnye!!! Polis Dedah Dalang Sebenar Pembunuhan Kevin Morais. Bukan Orang Sembarangan!!!! SUBANG JAYA: Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kerana kaitanny… Read More
Waspada Ajaran Sesat Ahmad 100, Ada ‘Pendekar’ Jaga Sekeliling Rumahnya!! Umat Islam diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Terbaru menjadi isu … Read More
Remaja Dir0gol Beramai-ramai Depan Teman Lelaki Alor Gajah – Seorang pelajar IPTA bernasib malang apabila dir0gol oleh empat lelaki yang menyamar sebagai ahli Rukun Tetangga sebuah kampung secara … Read More
Betapa Kejam Dalang Pembunuh Nahas MH17 Terus Berdiam Diri Pastinya ketika ini anggota keluarga kesemua 298 orang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akur dan bersedih dengan laporan akhir siasata… Read More
[3 WANITA GADUH DITAHAN!!!] KES VIDEO VIRAL PENIAGA WANITA DIBELASAH TERUK. 3 WANITA GADUH DITAHAN!!]KES VIDEO VIRAL PENIAGA WANITA DIBELASAH TERUK.. Kota Bharu – Polis menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasat… Read More
0 comments:
Post a Comment