Wednesday, May 13, 2015
Ibu Tak Tahu Mengandung Lahirkan Bayi Dalam Pesawat Air Canada
Seorang wanita yang dalam penerbangan dari Calgary, Kanada ke Tokyo, Jepun melahirkan seorang bayi perempuan tanpa mengetahui bahawa dirinya mengandung. Ada Guan dalam penerbangan Air Canada Flight 009 semasa beliau berasa sakit dan mengadu sakit perut.
“Sesuatu jatuh daripada saya,” kata Ada Guan. Kemudian bapa kepada bayi bertuah itu, Wesley Branch mengangkat seluar beliau dan melihat kepala dan dia menjerit, ‘ Wah !’
Mak kepada Branch berkata kepada pihak media di sana bahawa Guan tidak mengetahui yang dirinya mengandung 37 minggu. Walaupun mengalami ketidakselesaan perut kebelakangan ini, Guan merasakan ianya hanya sakit perut akibat masuk angin. Beliau tidak terfikir ada bayi di dalam perutnya.
Mujurlah terdapat tiga orang doktor di dalam pesawat tersebut yang membantu Guan melahirkan bayi tersebut. Beberapa minggu sebelum menaiki penerbangan ke Tokyo itu Guan ada melakukan pregnancy test dan ianya negative. Bayi perempuan itu diberi nama Chole. Ianya adalah hadiah paling bermakna buat Guan dan Branch kerana bayinya lahir pada 10 May iaitu Hari Ibu.
Related Posts:
Air M@ni Dan Embrio Lembu Dicuri Le Roy (Amerika Syarikat) – Air m@ni dan embrio lembu berharga AS$70,000 (RM257,000) dicuri dari sebuah ladang ternak di Minnesota, kelmarin. Pemil… Read More
600 Pekerja Cina Masuk Islam atas Dakwah Ulama Makkah Kerja dakwah ulama Makkah patut mendapat kepercayaan. Para ulama mulia itu bukan hanya menggelar pengajian di Masjid-Masjid seperti biasa, tetapi ju… Read More
Pyud@ra Pembantu Rumah Filipina Ditumbuk Dan Dir@gol Oleh Anak Majikan SEORANG pembantu rumah warga Filipina menggemparkan netizen apabila videonya meminta pertolongan dimuatnaik ke Facebook, Khamis lalu. Dalam video t… Read More
Kemalangan Lamborghini Dan Ferrari Berlumba “Ala” Fast And Furious Beijing – Kemalangan beberapa kereta mewah termasuk sebuah Lamborghini dan Ferrari ketika sedang berlumba di sini pada Sabtu lalu mencetuskan kontro… Read More
Habisla!!! Sindiket Penipuan UFUN Club & UTOKEN Diberkas Program Skim Piramid UFUN Club & UTOKEN Diserbu, 3 Orang Ditahan | Pihak polis Thailand telah menahan 3 orang eksekutif UFUN Store Co. Ltd , kerana … Read More
0 comments:
Post a Comment