Monday, May 11, 2015
Kantoi!! Bayi Kembar Bapa Berlainan Bongkar Kecurangan Ibu
PATERSON, US – Tembelang seorang wanita yang curang akhirnya terbongkar selepas bayi kembar yang dilahirkannya disahkan berlainan bapa.
Perkara itu terbongkar selepas wanita itu yang hanya dikenali sebagai TM cuba mendaftarkan teman lelakinya sebagai bapa kepada bayi kembarnya.
Bagaimanapun, ujian DNA yang dilakukan mendapati kekasihnya itu hanya bapa kepada seorang daripada bayi kembar perempuan berkenaan.
Wanita itu akhirnya mengaku pernah meniduri lelaki lain seminggu selepas dia membuat hubungan s3ks dengan teman lelakinya.
Selepas perkara itu terbongkar, TM kemudiannya memfailkan satu kes di mahkamah, di sini bagi menuntut lelaki berkenaan membayar wang penjagaan kepada bayi itu.
Hakim di Mahkamah Daerah Passaic, Sohail Mohammad pada minggu lalu memutuskan bahawa kedua-dua lelaki berkenaan perlu membayar wang penjagaan untuk bayi masing-masing.
Kedua-dua lelaki itu perlu membayar AS$28 (RM100) seminggu untuk anak kandung mereka.
Bayi kembar berlainan bapa sangat jarang berlaku dan ia terjadi apabila seorang wanita membuat hubungan s3ks dengan dua lelaki dalam minggu yang sama.
Keadaan yang dikenali sebagai heteropaternal superfecundation itu berlaku apabila wanita mengeluarkan dua telur pada satu masa dan setiap satunya disenyawakan oleh sperma lelaki berbeza.
Heteropaternal superfecundation adalah perkara biasa pada beberapa spesies haiwan tetapi sangat jarang berlaku pada manusia. – Agensi
Related Posts:
Video Guru Cium Pelajar Akhirnya Dibuang Kerja tersebar! CHINA – Seorang guru yang dirakamkan mencium seorang pelajar perempuannya berusia 16 tahun, akhirnya dipecat. Dalam rakaman berkenaan, Xu dilihat tu… Read More
INILAH KERJA YANG PALING BANYAK MENGUJI N@FSU DAN KEJUJURANINILAH KERJA YANG PALING BANYAK MENGUJI NAFSU DAN | Kami beranggapan ini merupakan kerja yang paling banyak menguji nafsu dan memerlukan kejujuran ya… Read More
INI BUKAN KISAH BERHENTI MEROKOK BIASA2. IA MENDAPAT LEBIH 800 SHARE!! INI BUKAN KISAH BERHENTI MEROKOK BIASA. IA MENDAPAT LEBIH 800 SHARE!! | Kisah berhenti merokok ini diceritakan oleh Ustaz Yus, seorang pengguna fb … Read More
Jawapan Dr MAZA Mengenai Isu Keharusan Suami R0g0l Isteri? Isu r0g0l suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut; 1. Islam mewajibkan sua… Read More
Sedih !!! Remaja Perempuan Seakan Tahu Ajalnya AJAL maut sememangnya di tangan Tuhan dan tiada siapa pun yang akan tahu bilakah waktu dan tarikh tepat kematian mereka... Namun, tidak dinafikan a… Read More
0 comments:
Post a Comment