Thursday, May 14, 2015
Subhanallah!! Bayi Ditanam Lapan Hari Masih Hidup
CHINA – Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun ditanam selama lapan hari di sebuah kawasan perkuburan oleh ibu bapanya selepas bayi itu dilahirkan dengan bibir sumbing.
Bayi itu terselamat selepas seorang wanita dalam pertengahan usia mendengar bunyi tangisannya ketika dia sedang mengutip daun herba di kawasan berkenaan.
Wanita itu kemudiannya berlari mendapatkan bantuan sami budha yang menjaga tempat tersebut.
Dengan bantuan sami itu, Zhao Shimin, bayi berkenaan diselamatkan.
Dia ditanam di satu tempat yang tidak mempunyai penanda.
Bayi malang itu dimasukkan ke dalam kotak kertas sebelum ditanam pada kedalaman hanya lima sentimeter sahaja.
Selimut dan baju bayi berkenaan turut ditemui dalam kotak tersebut.
Menurut doktor, bayi itu bernasib baik kerana air hujan telah melembabkan kawasan sekitar tanah perkuburan itu.
Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi dan diletakkan dalam inkubator selama beberapa hari.
Polis berjaya mengesan ibu bapa bayi itu namun mereka tidak ditangkap kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Related Posts:
Perh!! Ais Krim Berharga RM3,023 DUBAI – Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya berbaloi dengan harga jualannya dan … Read More
Lelaki Terpaksa K3ncing Sambil Wanita Cantik Perhatikan China: Pelanggan lelaki di sebuah restoran mengadu mereka sukar kencing kerana patung model yang diletakkan dalam tandas restoran itu begitu realist… Read More
Haa!!! Wanita Ini Kencing Air Teh Mertua Selama Setahun Wanita asal Negara Bagian Madya Pradesh, India, bernama Rekha Nagvanshi (30), tega melakukan tindakan senonoh selama satu tahun kepada ibu mertuanya… Read More
Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga… Read More
PERKAHWINAN TEMA AVATAR PASANGAN MUDA TANPA SEURAT BENANG PERKAHWINAN TEMA AVATAR PASANGAN MUDA TANPA SEURAT BENANG | Filem Avatar pernah mendapat sambutan yang hebat satu masa dahulu.Pasangan pengantin dar… Read More
0 comments:
Post a Comment