Saturday, May 16, 2015
Mamat Buat Komen Mengejutkan Tentang Kumpulan Sepah?
Mamat merupakan bekas ahli kumpulan pelawak Sepah yang memenangi pertandingan Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak bersama Jep dan Shuib.
Pelawak ini membuat komen mengejutkan apabila akui amat rindu dengan kumpulan Sepah terutama kemesraan mereka selain menyatakan hubungan dengan Jep telah pulih. Mamat juga menyerah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk kumpulan Sepah disatukan semula.
Bagi Mamat, kumpulan Sepah merupakan hasil gabungan ideanya bersama Jep sebelum mencari seorang ahli lain iaitu Shuib untuk menambahkan lagi seri kumpulan lawak itu.
Ini komen Mamat: (sumber: Murai)
“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.
“Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,”
“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya lebih matang.
“Pelbagai tawaran masih lagi saya terima, kalau saya tak dapat memenuhi tawaran yang diberikan saya akan tolak cara baik.
“Kerjaya saya sebagai penyampai radio di Ultra FM pun saya ‘happy’ di setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar secara langsung,”
Sementara itu Shuib dan Jep yang membentuk Sepahtu telahpun membuat pengumuman akan tidak beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega musim akan datang kerana ingin berehat.
Related Posts:
GADIS CUN MELECUN 'MERCIK' DENGAN GAMBAR 'PANAS' WAK DOYOK GADIS CUN MELECUN 'MERCIK' DENGAN GAMBAR 'PANAS' WAK DOYOK Wak Doyok, memuat naik gambar dirinya tidak memakai sebarang baju 'topless' sehingga me… Read More
Tasha Shila Di Sihir Rakan Nya Sendiri? tak faham betul dalam zaman yang serba maju ni ada lagi segelintir manusia yang busuk hati melakukan amalan syirik dan khurafat. Terbaru, pelakon j… Read More
Terbaik!! 5 Gambar Zizan Razak Basuh Kereta Ferrari Miliknya Pelawak Zizan Razak kini merupakan pemilik kereta mewah Ferarri bewarna kuning. Kereta mewah ini menjadi tumpuan apabila ditayang oleh Tauke Raja L… Read More
Awie Difitnah Meninggal Dunia? Penyanyi dan pelakon Awie meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang menyebarkan kembali fitnah yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia. “S… Read More
Lindsay Lohan Dilaporkan Memilih Agama Islam? Selebriti terkenal Hollywood, Lindsay Lohan dilaporkan memilih agama Islam apabila didapati memegang Al-Quran disampingnya di Brooklyn, New York pad… Read More
0 comments:
Post a Comment