Thursday, May 21, 2015
Daun Betik Ubati Denggi??
Saya tertarik dengan berita tentang kajian mengenai daun betik sebagai penawar untuk denggi. Menurut surat daripada Rotherdermus, daripada Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IPPM) yang disiarkan di dalam akhbar The Sun pada 15 Oktober 2014 (Surat tersebut boleh dibaca kat sini).
Dalam surat tersebut dilaporkan bahawa jus daun betik telah dibukti secara klinikal dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi.
Namun apa yang agak mengejutkan ialah kenyataan daripada Professor Adeba daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 7 Oktober 2014 (Boleh baca kat sini). Beliau berkata jangan seronok sangat dengan berita tentang jus daun betik dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi. Menurut beliau doktor lebih risau tentang fenomena “kebocoran plasma”, yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman (yang tidak dapat dikaitkan secara lengsung dengan tahap platlet).
Professor Adeba mengingatkan bahawa daun betik mengandungi banyak alkaloid, satu bahan yang diketahui toksid, dan juga mengandungi sebatian yang diketahui mempunyai kesan langsung ke atas jantung.
Menurut Rotherdermus, jika daun betik mempunyai bahan yang merbahaya, kenapa tidak dimaklumkan kepada orang ramai lebih awal lagi. Masyarakat Malaysia sejak turun temurun menggunakan daun betik sebagai makanan harian (ulam dan sebagainya). Pengamal perubatan tradisional juga menggunakannya sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Beliau mencadangkan agar IPPM dan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia bergabung tenaga untuk melakukan kajian lebih lanjut tentang kesesuaian penggunaan daun betik sebagai penawar denggi, termasuk juga kajian toksikologi untuk menentukan tahap toksid yang terkandung di dalamnya.
Related Posts:
KANTOI!! PEREMPUAN INI MEMAKAI BRA BERKAMERA,BANYAK ORANG YANG MELIHAT ASETNYA PEREMPUAN INI MEMAKAI BRA BERKAMERA, KANTOI..!! BANYAK ORANG YANG MELIHAT PAYUDARANYA | Peningkatan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan d… Read More
Tentu Anda Terkejut!!! Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita' #Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.… Read More
[Surat Terbuka] Makan Supplement Boleh Buat Ovari Rosak? Kepada yang suka makan supplement secara berlebihan, lebih baik berhati-hati. Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita makan, ada baik dan buruk… Read More
Betulkah Makan Serangga Boleh Bantu Atasi Obesiti? Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu mem… Read More
NAMPAK KURUS DALAM MASA SATU HARI?? NAMPAK KURUS DALAM MASA SATU HARI? Mesti ramai yang tertanya tanya amalan apa agaknya yang membuat seorang yang berbadan gemuk menjadi kurus dalam s… Read More
0 comments:
Post a Comment