Saturday, May 23, 2015
Kantoi!! Ibu Tunggal Dicabul Ahli Syarikat MLM
KUALA LUMPUR – Bukan sahaja kehilangan RM80,000 malah seorang ibu tunggal dicabul pula oleh mentor syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM).
M Thamilchelvy, 45, berkata pada mulanya dia diminta untuk berjumpa seorang lelaki yang dikenali sebagai “Guruji” bagi membincangkan urusan perniagaan itu di pejabatnya di Taman Melawati pada 23 Februari lalu.
Jelasnya pertemuan itu juga sepatutnya dihadiri beberapa wanita lain berhubung matlamat untuk memiliki sebuah BMW.
“Apabila tiba di sana, saya dibawa ke sebuah bilik kecil di pejabat dan diberi segelas jus oren dengan alasan menunggu tetamu lain.
“Selepas minum, saya mula mengantuk dan tidak sedarkan diri. Apabila terjaga, lelaki itu telah melakukan seks oral kepada saya tanpa sedar”, jelasnya.
Tambahnya, lelaki itu juga bertindak memeluk dam menciumnya walaupun sudah melihatnya menjerit.
“Apabila saya enggan melakukan perkara itu dia menunjukkan saya telefon di tangannya dan berkata dia telah merakam apa yang berlaku sepanjang tidak sedarkan diri.
“Saya tidak tahu apa yang dirakam kerana saya tidak sedarkan diri. Sama ada dia merakam gambar bogel atau merogol saya, atau memanggil orang lain untuk merogol saya, saya tidak tahu,” ujarnya sambil menangis.
Dia juga diugut untuk menyebarkan gambarnya itu di media sosial dan dipecat daripada syarikat MLM itu.
Perkara itu menyebabkan dia tidak berani untuk memberitahu sesiapa mahupun melaporkan pada pihak polis.
Saya tidak dapat membuka mulut saya. Ia telah membunuh saya setiap hari, ia benar-benar menyakitkan, ” katanya.
Dia juga pernah mahu membunuh diri namun dihalang oleh salah seorag ahli keluarganya.
Pada 17 Mac, Thamilchelvy bagaimanapun telah dipecat atas alasan datang lewat pada mesyuarat dengan pengurus atasan di sebuah hotel di Petaling Jaya.
“Saya sepatutnya menemui lima lelaki iaitu pengurusan atasan di sana, termasuk Guruji.
“Saya tidak berani pergi seorang diri dan membawa anak perempuan sulung dan dua daripada ahli bawahan saya,” katanya.
Atas alasan membawa orang lain ke mesyuarat itu juga Thamilchelvy dipecat melalui SMS selepas dihalau keluar daripada mesyuarat tersebut.
Akhirnya, anak Thamilchelvy yang berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Assisten Komisioner Khairuldin Saad berkata seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan petang Jumaat selepas laporan dibuat.
Lelaki berkenaan ditahan atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, lebih 20 laporan polis telah dibuat terhada syarikat berkenaan sekitar Lembah Klang dan Kedah.
0 comments:
Post a Comment