Tuesday, May 12, 2015
Video Wanita Dipukul Polis Kerana Enggan Beri Rasuah!!
NEW DELHI, 12 Mei – Seorang anggota trafik bertindak membaling batu bata ke arah seorang wanita apabila wanita berkenaan enggan memberi rasuah sebanyak 200 rupi (RM12) kepada anggota polis berkenaan.
Insiden itu berlaku apabila wanita tersebut didakwa melanggar lampu isyarat merah di sekitar pusat bandar New Delhi sebelum diarahkan berhenti oleh anggota polis trafik berkenaan.
Anggota polis yang dikenali sebagai Ketua Konstabel Satish Chand itu kemudiannya meminta rasuah daripada mangsa, namun akibat keengganan mangsa, Satish bertindak melontar batu bata ke arah kepala mangsa.
Video insiden itu juga sempat dirakam dan mendapat reaksi hangat daripada orang awam dan kumpulan pendesak berhubung amalan rasuah dalam kalangan pengawai penguatkuasa, terutamanya pasukan polis di India.
Mangsa, Ramanjeet Kaur ketika ditemubual oleh media India berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas perjumpaan persatuan ibu bapa dan guru sebelum anggota polis trafik berkenaan mengarahkannya untuk memberhentikan kenderaan.
“Saya cakap saya tidak melanggar lampu isyarat merah, tetapi jika saya melakukannya, saya minta maaf. Kemudian dia (Satish) memberitahu saya dia akan mengeluarkan saman lalu lintas.
Dia kemudiannya meminta dokumen saya yang saya berikan kepadanya dan berkata bahawa saya boleh membayar 200 rupi. Saya memberitahunya supaya mengeluarkan saman. Dia berkata tidak.
Dia kata saya boleh beri 200 dan pergi. Saya kata tidak, keluarkan saman dan selepas itu saya akan bayar atau awak boleh hantar saman itu ke rumah dan saya akan bayar”, jelas Ramanjeet.
Selepas kejadian itu, anggota polis itu ditahan dan dilaporkan bukan sahaja digantung kerja malah sudah ditamatkan perkhidmatan selain kesnya telah didaftarkan.
Related Posts:
Kantoi!! Pasangan Lakukan S3ks Tepi Pantai Ditangkap FLORIDA – Pasangan ini memang tidak tahu malu apabila sanggup melakukan s3ks di depan orang ramai yang sedang mandi manda di sebuah pantai. Aksi … Read More
Kelas Media Sosial Untuk P3l@cur!! Kelas untuk memasarkan diri. Kelas ini adalah untuk p3l@cur dan ia diadakan bagi menunjukkan kepada golongan p3l@cur ini bagaimana mereka dapat meng… Read More
[Gambar]Zalim!! Banduan Wanita Dipenjara Bersama Beribu Banduan Lelaki? Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk ban… Read More
Skandal S3ks Anggota Polis Ditutup? Hampir setahun masyarakat dihidangkan dengan drama senetron oleh PDRM dalam kes Skandal S3ks yang melibatkan Pegawai Berpangkat Tinggi. Kes ini adal… Read More
[5 Gambar] Geng Mafia Yang Paling Kejam Dan Menakutkan! 1.Geng Mara Salvarucha Geng Mara Salvatrucha merupakan geng paling berbahaya dan menakutkan di dunia. Rata-rata ahli-ahlinya mempunyai tato di se… Read More
0 comments:
Post a Comment