Wednesday, May 20, 2015

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun Dit3lanjangkan Lelaki Separuh Bog3l!!

SIBU, 20 Mei – Seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa r0gol apabila dia dipercayai dite1anjang oleh seorang lelaki di belakang lorong rumah kedai di Sibu Jaya, malam Ahad lalu. Kanak-kanak berumur empat tahun itu dikatakan sering mengikut ibunya bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kopi berhampiran sebelum kejadian pada jam 8 malam itu. Menurut sumber, seorang saksi ternampak gelagat seorang lelaki berada dalam keadaan separuh bogel bersama seorang kanak-kanak perempuan tanpa seurat benang. Mengesyaki sesuatu mencurigakan, saksi terbabit terus memaklumkan ibu mangsa yang ketika itu sedang bekerja di kedai kopi di situ. Ibu mangsa yang terkejut selepas dimaklumkan mengenai perkara itu bergegas ke lorong belakang rumah kedai itu. Suspek yang menyedari kehadiran ibu mangsa bertindak melarikan diri tanpa sempat memakai seluarnya sebelum menghilangkan diri. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap anaknya, ibu mangsa terus pergi Balai Polis Sibu Jaya untuk membuat laporan polis. Bertindak atas maklumat, polis menjalankan operasi menjejaki suspek yang dipercayai bekerja sebagai pembantu kedai kopi berhampiran dengan lokasi kejadian. Polis berjaya menjejaki suspek berumur 44 tahun terbabit ketika dia sedang bekerja di kedai kopi terbabit sekitar jam 9.15 malam hari yang sama. Ibu mangsa kemudian membawa anak perempuannya menjalani pemeriksaan di Hospital Sibu dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan koyak pada kemaluan mangsa. Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kini menjalani perintah reman selama tujuh hari mulai Isnin lalu. Kes tersebut dijangka disiasat mengikut Seksyen 354 kerana mencabul kehormatan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.