Friday, May 15, 2015

Ujian Pemeriksaan Dara Di Indonesia Adalah Kejam?

JAKARTA, 15 Mei – Syarat perlu menjalani ujian dara kepada wanita yang mahu menyertai angkatan tentera adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah. Perkara itu ditegaskan Pemerhati Hak Asasi Manusia yang mahukan syarat itu dihapuskan dan dimansuhkan mengikut undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Ujian dara itu dilakukan melalui pemeriksaan “ujian dua jari” bagi memastikan masih mempunyai selaput dara atau wanita yang merancang untuk berkahwin dengan pegawai tentera. Ujian itu juga dilihat sebagai satu keganasan jantina dan ujian yang tidak berasas untuk membuktikan dara seseorang wanita. Ujian dara sebelum ini menjadi amalan tetap tentera sejak beberapa dekad lalu. Seorang pesara tentera yang menjalani ujian tersebut pada 1984 berkata ujian itu menjejaskan perkahwinan selama berbulan-bulan akibat trauma. Paling mengaibkan, beberapa pegawai tentera wanita yang ditemubual juga mendakwa ujian tersebut menyakitkan, memalukan dan trauma. Malah ia dilakukan oleh doktor lelaki. Walaupun ujian tersebut pernah menjadi kontroversi kerana dilakukan di negara yang mempunyai majoriti Islam,namun pegawai tentera mempertahankan perkara tersebut merupakan satu kaedah penting bagi memastikan wanita yang menyertai tentera bukan daripada kalangan bermoral rendah. Jika seseorang mempunyai akhlak yang rendah, mereka tidak boleh menyertai tentera kerana akan rosak tentera. “Tentera perlu melakukan tugas besar, mereka bertanggungjawab untuk kedaulatan negara, kesatuan wilayah, keselamatan negara,” katanya

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.