Thursday, May 14, 2015
Awie Difitnah Meninggal Dunia?
Penyanyi dan pelakon Awie meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang menyebarkan kembali fitnah yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia.
“Saya pun tak faham kenapa berita ini jadi viral semula. Saya dihubungi rakan-rakan dan media bertanyakan keadaan saya. Ada yang menelefon saya sambil menangis.
“Berita ini sedikit sebanyak mengganggu jadual harian saya. Saya kena jawab soalan yang sama berulang kali daripada pelbagai pihak. Saya faham. Saya kena jawab sebab ini melibatkan emosi keluarga, kawan-kawan dan saya ada anak.
“Kadang-kadang emosi ini kita tak boleh kawal. Ia boleh menjejaskan saya sebab tu saya tak nak balas apa-apa di Facebook sebaliknya akan guna saluran undang-undang. Kali ini saya tak kan berdiam diri. Saya akan bertindak. Tunggu dan lihat!” tegas Awie yang dipetik menerusi Sinar Harian.
Berita ini mula tersebar apabila laporan di laman sosial Facebook dan viral di aplikasi WhatsApp mendakwa dirinya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lahad Datu, Sabah.
Pun begitu, individu tersebut bukanlah Awie sebaliknya adalah tentang seorang lelaki yang mempunyai wajah mirip Awie.
– Media Hiburan
Related Posts:
Fesyen menonjol Nora Danish terima kritikan Gara-gara berbaju ketat sehingga menampakkan buah d@da, Nora Danish menerima banyak komen luc@h di Instagramnya. Bukan pertama kali Nora Danish men… Read More
Faizal Tahir Digelar Dungu GST punya penangan, ramai yang menyuarakan rasa tak puas hati di laman sosial. Sejak 1 April lalu, dah macam-macam troll kami tengok. Maafkansaya … Read More
Nora Danis Buka Cafe Dan Butik Kami suka mendengar kisah selebriti yang memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar. Tidaklah hanya bergantung kepada pendapatan sebagai seleb… Read More
Biodata Dan 12 Gambar Elizad Shariffudin Yang Hot12 Gambar Elizad Shariffudin Yang Hot | Heroin kepada drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Elizad Shariffudin yang ditayangkan pada 7 malam setiap hari … Read More
Wang Dalam Akaun Zamani Lesap, PA Tegur Peguam Zamani Wang Dalam Akaun Zamani Lesap, PA Tegur Peguam Zamani | Pengurus peribadi kepada vokalis kumpulan Slam Zamani, Aalan Ahmad menyatakan dakwaan yang d… Read More
0 comments:
Post a Comment