Monday, February 2, 2015
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki?
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki? | Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping, Isnin. Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supritendan Ismail Che Isa berkata, beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari. "Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin. Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis. Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Mstar
Related Posts:
kanak-kanak maut terjatuh tingkat 6 Seorang kanak-kanak maut setelah terjatuh dari tingkat 6. Kejadian dipercayai berlaku di Blok B, Seksyen 8 Kota Damansara. Itu sahaja maklumat yang… Read More
Kes Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altant… Read More
Cikgu Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Murid Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku. Ada cerita yang sedih berkenaan kea… Read More
Murid Mengandung Anak Datuk Akhirnya terbongkar SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk menda… Read More
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki? Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki? | Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher… Read More
0 comments:
Post a Comment