Wednesday, February 4, 2015
Pasangan suami dan isteri orang bersekedudukan dicekup kali kedua
Jitra: Tindakan sepasang kekasih yang juga suami dan isteri orang memadu asmara membawa padah apabila mereka dicekup buat kali kedua kerana melakukan kesalahan sama di rumah yang baru disewa di Kampung Tok Kesop, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 1.30 pagi, pasangan berusia 25 dan 29 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), selepas mengesyaki mereka bersekedudukan.
Sebelum ini, pasangan itu pernah ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumah di kawasan perumahan di Kamunting, dekat sini, pada jam 11.45 malam pada 7 Januari lalu.
Ketika tangkapan itu dilakukan, dua anak wanita terbabit iaitu bayi lelaki berusia tujuh bulan dan kanak-kanak dua tahun turut berada di rumah itu. Bagaimanapun, dua anak wanita itu diambil ahli keluarganya untuk dipelihara menyebabkan pasangan berkenaan mengambil kesempatan untuk menyewa di rumah lain.
Namun, mereka dicekup sekali lagi kerana berkhalwat selepas tindakan tinggal bersama di rumah itu menimbulkan curiga kepada orang ramai yang membuat aduan kepada pihak PADKP untuk tindakan lanjut.
Pegawai PADK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
Related Posts:
Video Guru Cium Pelajar Akhirnya Dibuang Kerja tersebar! CHINA – Seorang guru yang dirakamkan mencium seorang pelajar perempuannya berusia 16 tahun, akhirnya dipecat. Dalam rakaman berkenaan, Xu dilihat tu… Read More
Jawapan Dr MAZA Mengenai Isu Keharusan Suami R0g0l Isteri? Isu r0g0l suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut; 1. Islam mewajibkan sua… Read More
Nak tahu!! 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tid… Read More
PADAH..!! Gadis pakai terlalu S3KSI di tempat awam!! Gadis merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja be… Read More
[Gambar] Remaja Cun Selfie 'Berani Mati' Mula Menjadi Viral Dilaman Sosial! Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, co***** ditanggalkan dan kamera … Read More
0 comments:
Post a Comment