Monday, February 2, 2015
Lelaki Bunga Yang Bahaya
Abha, Arab Saudi: Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.
Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi – Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa – termasuk kerajaan.
Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.
Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.
“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.
“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.
Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.
Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.
“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.
Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.
Related Posts:
Gempar!! Gadis Ghaib SMS Dari Kubur? JERTIH: Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini. Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Moh… Read More
Google Street View Terakam Gambar Hantu!! NEW YORK – Perkhidmatan Google Street View berjaya merakam beberapa imej dipercayai hantu di tingkap sebuah rumah terbiar baru-baru ini. Gambar-gam… Read More
Guru Berjaya Rakam Wajah Hantu Di Sebuah Rumah Lama!! Seorang guru British mendakwa telah berjaya merakam imej wajah hantu pada kameranya selepas melawat rumah ‘berhantu’ milik ibu bapanya di Jamaica. … Read More
‘Diganggu’ Ketika Memandu Di Kuala Selangor! Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama pulak pada masa itu sering berulang alik… Read More
Video Hantu Di Lebuhraya LPT2 Ajil!!! Kami tidak pernah menyangka akan dapat menonton video hantu di Lebuhraya LPT 2 berdekatan Ajil. Sebelum ini beberapa orang yang agak nakal pernah me… Read More
0 comments:
Post a Comment