Monday, February 2, 2015
Viral Coli Tersidai Di Lapangan Terbang
Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.
Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.
Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.
Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.
Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.
Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. – Agensi
Related Posts:
Viral Coli Tersidai Di Lapangan Terbang Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakai… Read More
Fatwa Songsang “Halal Intai Tunang Mandi” Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fatwa daripada Ilmuan Mesir, Usama Al-Qawsi yang menyatakan halal bagi seseorang lelaki mengintai tunang mereka… Read More
Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati | Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati men… Read More
Kereta Api Laju Rempuh Ketika Sedang ‘Selfie’ INDIA – Gara-gara mahukan ‘selfie berani’ dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api. Kejadian yang berlak… Read More
‘Bom’ Tandas Bunuh Seekor Lipas TAIPEI – Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini… Read More
0 comments:
Post a Comment