Wednesday, February 4, 2015
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia, dikatakan tidak sesuai untuk industri itu terutamanya apabila berdepan situasi kecemasan dan boleh mencetuskan masalah lain. Menurut laporan portal berita Mail Online, syarikat penerbangan Skymark dari Jepun, Cathay Pacific (Hong Kong) dan Qantas (Australia) dikritik kerana memperkenalkan uniform skirt mini kepada staf wanita, tetapi pakaian tersebut menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual kerana berpakaian seksi dan ketat.
Bekas atendan penerbangan pesawat komersial yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan peribadi, Carolyn Paddock berkata, selain pakaian, kasut tinggi yang dipakai oleh krew wanita juga tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan kecederaan akibat terjatuh selain menghalang pergerakan apabila berlaku kecemasan. “Kasut tinggi boleh menyebabkan gelongsor atau rakit kecemasan yang diperbuat daripada getah bocor,” katanya. Paddock berkata, syarikat penerbangan terkemuka seperti Virgin Atlantic dan British Airways juga menerima kritikan daripada staf mereka walaupun uniform firma itu dihasilkan oleh dua pereka terkemuka dunia, Vivienne Westwood dan Julien MacDonald.
Staf Virgin Galatic mendakwa, kolar baju terlalu ketat sehingga menyebabkan leher mereka berdarah, manakala kakitangan British Airways membangkitkan bantahan apabila mereka tidak dibenarkan memakai seluar, sama seperti peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Etihad. Syarikat penerbangan di Asia seperti Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Thai Airways, Malindo, dan Garuda Indonesia turut dikritik kerana mengenakan kebaya sebagai uniform rasmi. Menurut Paddock, meskipun kebaya yang direka oleh pereka Perancis, Pierre Balmain, nampak elegan, tetapi uniform itu boleh mencetuskan masalah besar apabila berlaku kecemasan. “Adakah saya akan memakai kebaya ketika kecemasan? Sudah tentu tidak kerana pakaian itu menyukarkan pergerakan saya,” katanya. -AP
Related Posts:
Ibu Tak Tahu Mengandung Lahirkan Bayi Dalam Pesawat Air Canada Seorang wanita yang dalam penerbangan dari Calgary, Kanada ke Tokyo, Jepun melahirkan seorang bayi perempuan tanpa mengetahui bahawa dirinya mengand… Read More
Gempar!! Penduduk Sasak Kahwin Darah Daging Sendiri? LOMBOK, 11 Mei – Keunikan budaya dan adat yang berbeza di setiap tempat kita lawati sebenarnya mencorakkan lagi pengetahuan dan juga dapat membuka m… Read More
Terbaik!! Video Batu Delima RM109juta! GENEVA: Keindahan merah pekatnya seolah-olah warna darah merpati menyebabkan sebutir batu delima 25.59 karat telah berjaya di jual dengan rekod tert… Read More
PENSYARAH KOLEJ SWASTA YANG TERLAJAK CUN!! PENSYARAH KOLEJ SWASTA YANG CUN MELECUN (6 GAMBAR) | Wanita yang melecun ini berusia 28 tahun yang berasal dari Korea Selatan, Hyun Sun, yang juga m… Read More
Bayi Baru Lahir 'Beruban' berambut putih!! Seorang wanita pelarian Syria di lubnan telah melahirkan seorang bayi yang di percayai beruban dan telah manjadi viral di negara itu.Ada yang percay… Read More
0 comments:
Post a Comment