Tuesday, January 6, 2015
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam. Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis.
Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik.
Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang. “Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna. -Metro
Related Posts:
Al-Fatihah… Tan Sri Dr Jamaluddin Senyap-Senyap Bantu Panti Asuhan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebenarnya secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti media membantu sebuah Panti Asuhan di Pulau Nias, … Read More
Guard Hospital C@bul Mangsa Bertelekung IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang ber… Read More
MESTI BACA 'KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB?? MESTI BACA 'KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB?' AMAT MENGEZUTKAN! | Salam semua. Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian… Read More
ANAK SAYA DIKAMBING HITAMKAN, UJAR IBU SIRUL KEPADA TUN MAHATHIR ANAK SAYA DIKAMBING HITAMKAN, UJAR IBU SIRUL KEPADA TUN MAHATHIR | KUALA LUMPUR: Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad … Read More
Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona (Video) | Gah bergayanya kebanggaan negara, membuktikan suatu wawasan, Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat P… Read More
0 comments:
Post a Comment