Thursday, January 29, 2015

Rozana Mohon Awie Lepaskannya Cara Baik

Sayu juga hati kami bila baca kenyataan isteri Awie, Rozana Misbun berkaitan masalah rumahtangga mereka yang masih belum selesai. Walaupun mahkamah telah memutuskan hak penjagaan sementara tiga anak mereka diserahkan kepada Rozana, namun wanita itu kini terbuka hati untuk berdamai dan berbincang secara baik. Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan. Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta. Siapa yang tak malu apabila suami sendiri tuduh saya macam-macam sedangkan saya ni isteri dia? Memang jatuh air muka saya dan ada masa-masanya saya malu sangat untuk berdepan dengan masyarakat. Tapi dalam klausa (4) perintah makhamah, ada ditulis secara terang dan nyata bahawa Awie ditegah sama sekali dari mengaibkan saya melalui media elektronik, Internet dan cetak. Kalau dia berdegil juga, maknanya dia menghina makhamah dan biarlah mahkamah saja yang tentukan hukumannya. Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah, celik mata aje, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar mereka sendiri ke sekolah. Tengah hari pulak saya sibuk di dapur untuk siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya pula, jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya pula, saya pastikan mereka mengaji dan ‘monitor’ buat kerja sekolah. Pukul 9 malam, semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah. Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai ‘ayahanda’, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini? Mestilah ada ‘mata-matanya’ akan segera memberitahu ‘ayahanda’ Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar. Hmm complicated juga masalah antara Awie dan Rozana ni. Apapun, kami harap agar kedua-duanya dapat berbaik demi kebajikan anak-anak. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.