Saturday, January 24, 2015
Wanita nekad bakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya
0Wanita nekad bakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya | Akibat gagal mengawal emosi, seorang wanita nekad membakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di sini semalam. Menurut adik mangsa dikenali Hera berkata, pertengkaran ini bermula selepas pertanyaan kakaknya tidak diendahkan malah dibalas dengan pukulan di kepala oleh suaminya, Anton.
"Pertengkaran berlanjutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pula selepas suaminya keluar dari rumah. Mangsa kemudiannya berpesan supaya menjaga kedua-dua anaknya dengan baik jika dia meninggal dunia namun pesanan tersebut tidak diendahkan suaminya", katanya dipetik Kompas.com. Katanya lagi, mangsa meminta kebenaran suaminya melalu SMS untuk membeli minyak tanah dan tidak lama kemudian membakar dirinya sendiri.
"Kakak minta anaknya keluar rumah dan kemudian dia masuk ke rumah dan membakar diri sendiri," katanya. Menurut seorang jiran, selepas membakar diri, dia sempat berteriak meminta pertolong dan jiran kemudiannya cuba untuk menyelamatkan mangsa. Jiran cuba memadamkan api dan mangsa kemudianya berlari masuk ke dalam sebuah bekas takungan air yang berada diluar rumahnya. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal hari ini selepas mengalami kecederaan serius. -AP
0 comments:
Post a Comment