Saturday, January 31, 2015
Penipuan Rozana Dibongkar Anak Awie?
EPISOD pergolakan rumah tangga vokalis kumpulan Wings, Awie dan Rozana Misbun terus berlanjutan apabila anak sulung Awie kini ‘campur tangan’ dengan menangkis cerita Rozana sekaligus membela bapanya.
Menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook dan Instagram, Putri Aleeya Antasha, anak pertama hasil perkongsian hidup Awie dan pelakon Arni Nazira mendakwa ibu tirinya itu telah menipu media!
“INI SEMUA MENIPU SEMATA-MATA! Yes, memang, memang ada yang mandikan adik-adik saya, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha, yang siapkan baju mereka, yang bagi mereka makan dan minum, memang ada tetapi bukan ibunya malah orang gaji yang siapkan semuanya, bukan sahaja orang gaji, kadang-kadang saya dan adik saya Aleefa yang harus siapkan.”
“Ayah saya seorang yang bertanggungjawab!! Bukan ayah yang biarkan anaknya tak terjaga, bukan ayah yang takda hati perut, takda perasaan. ITU BUKAN AYAH SAYA!!
“Dan saya ingatkan pada sesiapa yang sokong sangat pihak sana tu, JANGAN PANDAI-PANDAI CAKAP ITU INI KALAU TIDAK TAHU CERITA SEBENAR OK?
“Kalau saya dipanggil mahkamah untuk dijadikan saksi, saya sanggup… saya sanggup! Sebab saya tahu, sebab saya tahu, ayah saya TAK SALAH!”
Dalam erti kata lain Aleeya membayangkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Rozana tidak tepat dan seolah-olah, ibu tirinya itu cuma prihatin terhadap ketiga-tiga anak kandungnya sahaja iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.
Aleeya juga menepis dakwaan Rozana bahawa dia menghabiskan masa seharian menguruskan anak-anak dan prihatin terhadap tugasan sekolah mereka kerana perkara itu banyak dilakukan orang gaji dan ibu saudara mereka.
Aleeya menegaskan Awie seorang yang bertanggungjawab dan dia bersedia menjadi saksi di mahkamah bagi membela bapanya andai diperlukan.
Related Posts:
Dosa Dan Pahala Ditentukan Oleh Allah SWT? – Nabila Huda Aktres Nabila Huda cukup terkenal dengan sifat tidak hipokrit,meluahkan apa sahaja pendapat beliau tanpa menghiraukan kritikan orang ramai dan serin… Read More
Its Ok Zul' Rumah Kecil, Tiada ‘Open House’ – Zul Ariffin PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin tidak merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri berikutan keadaan rumah kediaman … Read More
Doodle: Artis guna passport sebagai kanvas? Leonard Combier, ilustrator Perancis berumur 24 tahun yang tinggal di Berlin, membuat sesuatu yang mengkagumkan . Dia menggunakan muka surat passpor… Read More
Sehari Sebelum Ramadhan, Rumah Kediaman Zero Hangus Terbakar? adiknya, Atu dan Sharif berada di ibu negara dan bergegas pulang ke Kudat apabila dimaklumkan tentang kejadian itu. Mereka dalam keadaan terke… Read More
Perangai Sebenar Remy Ishak Didedahkan Oleh seorang gadis cantik? Seorang wanita dengan berani mendedahkan perangai sebenar pelakon Remy Ishak yang memang tidak sedap didengar. Malahan, apa yang didedahkan oleh wa… Read More
0 comments:
Post a Comment