Friday, January 23, 2015

Reaksi Siti Nurhaliza berikutan tindakan komposer, Saari Amri yang mengaitkannya dengan keadaan Zamani

Reaksi Siti Nurhaliza berikutan tindakan komposer, Saari Amri yang mengaitkannya dengan keadaan Zamani | Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat. Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu. "Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau. "Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain," katanya.
Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu. Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial. Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini. -BH

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.