Monday, January 12, 2015
Penyanyi Hafiz Suip, mengesahkan bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy, 27 februari ini
Penyanyi Hafiz Suip, 25, mengesahkan bahawa dia bakal bertunang dengan kekasihnya, Effy yang berusia awal 20-an, pada 27 Februari depan selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Katanya, majlis pertunangan tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak. “Saya telah menghantar rombongan merisik pada 21 Disember tahun lalu dan majlis pertunangan itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuching. “Istimewanya tarikh majlis pertunangan itu bersempena dengan tarikh lahir saya sendiri.
Memandangkan saya ini jenis seorang yang pelupa, jadi saya pilih tarikh tersebut untuk mudah ingat,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe di sini hari ini. Advertisement Mengulas lanjut, Hafiz turut berkata tempoh pertunangan tersebut mungkin akan mengambil masa selama setahun. “Saya hormati keputusan bakal tunang untuk menghabiskan pelajarannya yang berbaki setahun lagi sebelum kami melangsungkan perkahwinan. “Saya juga perlukan lebih masa untuk membuat persediaan sebelum betul-betul memikul tanggungjawab sebagai seorang suami,” katanya. - Utusan
0 comments:
Post a Comment