Saturday, January 24, 2015
Siti Nurhaliza Punca Zamani Terjebak Dadah?
PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya pada Rabu lalu.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan.
“Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya.
“Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit,” ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.
Zamani berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dia memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan baru-baru ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Mengenai kenyataan komposer Shaari Amri pula, penyanyi berusia 44 tahun itu memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu.
“Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian.
“Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral untuk dia pulih.
“Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan.
“Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu,” ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.
Related Posts:
Melly Goeslow Jawab Kritikan Hijab Pasu Bunga? Penyanyi dan komposer ternama indonesia, Melly Goeslaw telah tampil dengan imej baru dengan mengenakan hijab bermula tahun lalu. Semakin ayu selepas… Read More
Nasha Aziz Sudah Berhijrah?? Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita yang tinggi lampai ini . Menjadi kegilaan jejaka-jejaka Malaya dulu sehingga kini. Nasha Aziz, 4… Read More
Rita Rudaini bongkar individu yang sering ganggu setiap malam? Pehhh memang panas! Rita Rudaini dikatakan berang lalu memuat naik satu gambar yang terpampang nombor telefon seseorang yang dikatakan sering mengga… Read More
Gambar anak perempuan Ajak Shiro yang comel gile!! Ajak Shiro dan isterinya menimang kelahiran anak ketiga mereka pada 1 petang 25 Mac yang lalu. Apa yang istimewanya, ketiga-tiga anak pasangan ini l… Read More
Kerana maki polis, Keith Foo didenda RM100? Pelakon popular, Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.… Read More
0 comments:
Post a Comment