Thursday, January 29, 2015
Bandar Diliputi Ais
Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang.
Kejadian itu berlaku kerana paip yang membekalkan air panas ke setiap rumah bocor dan air itu mengalir ke seluruh bandar. Air yang setinggi paras pinggang itu bertukar menajdi ais disebabkan cuaca sejuk yang melampau iaitu -40 darjah selsius.
Dudinka yang mempunyai bilangan penduduk lebih dari lebih 22,000 orang terletak di tengah Siberia dan bersempadan dengan lautan Artik.
Jurucakap kerajaan tempatan, Eugena Gerasimov berkata, kawasan mereka sememangnya sejuk dan air panas terpaksa dibekalkan ke rumah penduduk.
“Jika sesiapa masih ragu-ragu betapa sejuknya kawasan ini, mereka boleh menyaksikan sendiri gambar berkenaan.
“Air panas yang dibekalkan ke rumah pun boleh jadi beku,’’ katanya.
Disebabkan kejadian itu, pihak berkuasa terpaksa mengisytikarkan darurat dan memikirkan cara untuk membuang air setinggi paras pinggang itu.
Related Posts:
Mayat Pelakon Jelita Korea Ditemui Hancur? Mayat pelakon dan model Korea, Jung In Ah ditemui dalam keadaan hancur oleh pasukan penyelamat selepas tiga hari dia didapati hilang. In Ah atau na… Read More
Remaja Perempuan Terlampau!! London – Polis Britain sedang menyiasat rakaman video seorang remaja perempuan membelasah mangsanya, juga seorang remaja perempuan sambil diperhatik… Read More
MH370 : Botol Minuman Dan Botol Pencuci Pula Ditemui? Jika sebelum ini beg pakaian yang rosak teruk ditemui berhampiran dengan kawasan serpihan di Pulau Reunion, kini botol minuman dan botol pencuci pul… Read More
Terbaik!! Mesin ATM ini boleh keluarkan emas ‘Gold to Go’, adalah mesin ATM yg mengeluarkan emas yang boleh ditemui di Dubai Mall, UAE. Dijaga rapi oleh pengawal berperisai, mesin ATM ini bole… Read More
Terbaik!! Abang Sado Pelayan Restoran TOKYO – Para peniaga sudah semakin kreatif dalam menarik pelanggan ke restoran mereka. Baru-baru ini sebuah restoran di Tokyo, Jepun ada cara tersen… Read More
0 comments:
Post a Comment