Thursday, April 9, 2015
ANAK SAYA DIKAMBING HITAMKAN, UJAR IBU SIRUL KEPADA TUN MAHATHIR
ANAK SAYA DIKAMBING HITAMKAN, UJAR IBU SIRUL KEPADA TUN MAHATHIR | KUALA LUMPUR: Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu
Menurut sumber, pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.
"Pertemuan itu disertai bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.
BERITA BERKAITAN : Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir
"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.
"Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Mahfuz turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Pertemuan itu difahamkan berlangsung di di Yayasan Perdana, Putrajaya sekitar pukul 4 petang.
Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Dalam pada itu kata sumber berkenaan, Piah juga menjelaskan Sirul telah menerima arahan dan benar-benar teraniaya dalam kes berkenaan.
"Piah merayu kepada Dr Mahathir agar membantu mereka kerana katanya Sirul hanya menerima arahan. Piah berulang kali menyatakan anaknya teraniaya dan menjadi mangsa," kata sumber itu.
Dalam pada itu, sumber itu juga menghantar beberapa keping gambar pertemuan tertutup berkenaan dan jelas Khairuddin serta Mahfuz kelihatan bersama di dalam perbincangan berkenaan.
Khairuddin turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Bagaimanapun, usaha Astro AWANI untuk menghubungi kedua-dua mereka masih gagal.
Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak adil jika Sirul dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.
Dr Mahathir turut menjelaskan, dia hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
Mahfuz turut dilaporkan sebelum ini mengaturkan pertemuan antara Piah dengan Dr Mahathir.
Mahfuz dilaporkan berkata, Piah ingin 'memberitahu sesuatu' yang ada kaitan dengan anaknya yang didapati bersalah membunuh Altantuya kepada negarawan itu
Related Posts:
Sepuluh Artis Wanita Malaysia Jadi “Escort Girl” Sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan sedang dipantau oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl … Read More
Cikgu Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Murid Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku. Ada cerita yang sedih berkenaan kea… Read More
Kami Sedih, Terhutang Budi Dengan Raja Abdullah – Pasangan Kembar Siam “Angah dan along mungkin masih bercantum tanpa sumbangan Raja Abdullah (Abdulaziz),” demikian luahan rasa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad R… Read More
kanak-kanak maut terjatuh tingkat 6 Seorang kanak-kanak maut setelah terjatuh dari tingkat 6. Kejadian dipercayai berlaku di Blok B, Seksyen 8 Kota Damansara. Itu sahaja maklumat yang… Read More
Murid Mengandung Anak Datuk Akhirnya terbongkar SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk menda… Read More
0 comments:
Post a Comment