Sunday, April 5, 2015
Nora Danis Buka Cafe Dan Butik
Kami suka mendengar kisah selebriti yang memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar. Tidaklah hanya bergantung kepada pendapatan sebagai selebriti yang semakin tidak menentu hari ini. Terbaru, Nora Danish ceburkan diri dalam perniagaan dengan membuka kedai kopi.
Menerusi kemaskini di akaun Instagram beliau sejak beberapa minggu ini, peminat boleh melihat yang Nora Danish dan rakan rakan kini sibuk dengan proses pembukaan sebuah kafe yang diberi nama Kopi N XOXO dan terletak di Bangsar.
“Saya kini sibuk dengan persiapan pembukaan kafe yang diberi nama Kopi N XOXO dan terletak di Bangsar. Ini merupakan kafe yang dikongsi bersama teman baik saya. Kafe ini berkonsepkan butik dan saya akan meletakkan fesyen jubah jenama saya sendiri iaitu Nora Danish”
“Dari segi dekorasi, susun atur meja dan kerusi, konsep hinggalah pilihan menu, modalnya lebih kurang RM100,000. Sekarang kami sedang dalam fasa untuk mencari menu yang sesuai dan saya mahu orang datang kerana makanan yang kita jual sedap,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Nora Danish kini sedang menantikan filem lakonannya Hantu Bungkus Ikat Tepi dan Suami Jatuh Dari Langit yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi selain bakal terlibat dengan penggambaran filem Isteri Untuk Dijual.
Related Posts:
Nasha Aziz Sudah Berhijrah?? Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita yang tinggi lampai ini . Menjadi kegilaan jejaka-jejaka Malaya dulu sehingga kini. Nasha Aziz, 4… Read More
Kerana maki polis, Keith Foo didenda RM100? Pelakon popular, Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.… Read More
Rita Rudaini bongkar individu yang sering ganggu setiap malam? Pehhh memang panas! Rita Rudaini dikatakan berang lalu memuat naik satu gambar yang terpampang nombor telefon seseorang yang dikatakan sering mengga… Read More
Ronaldo K3ncing ”Bersepah" Ditepi Jalan? BINTANG bola sepak terkenal yang juga merupakan pemenang anugerah ballon d’or 2014, Cristiano Ronaldo, menjadi ikutan sebagian besar peminatnya kera… Read More
Terbaik!! TOP 10 IBU URBAN YANG HOT LAGI BERGAYA DI MALAYSIASETIAP tahun, perayaan Hari Ibu disambut pada hari A gu kedua bulan Mei. Namun walau bagaimana sekalipun kaum ibu diraikan, pengorbanan dan kasih sa… Read More
0 comments:
Post a Comment