Thursday, April 16, 2015
Michelle Yeoh Dan Jakie Chan Bercinta Selepas 30 Tahun
MICHELLE YEOH TERIMA SEMULA CINTA JACKIE CHAN | Bintang filem bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 52, bersedia ‘bercinta’ semula dengan pelakon aksi terkenal Datuk Jackie Chan, 61.
Perkara itu dinyatakan sendiri pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu sewaktu menjawab pertanyaan daripada pengacara Anugerah Filem Festival Asean Antarabangsa (AIFFA), baru-baru ini.
“Kami telah bercakap tentang kisah cinta selama 30 tahun. Bila-bila masa saja jika awak sudah bersedia, abang!” balas Michelle.
Hujung minggu lalu, Jackie berkunjung ke Kuching, Sarawak sempena kemuncak AIFFA. Pada malam anugerah tersebut beliau menerima trofi khas, Anugerah Inspirasi Asean.
Di sebelah petang sebelum anugerah berlangsung, Jackie sempat mengadakan sesi bertemu peminat serta media. Ketika itu beliau tertarik dengan keindahan negeri Sarawak dan menyatakan hasrat mahu menghasilkan sebuah cinta di negeri bumi kenyalang itu.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila Jackie memberitahu beliau akan meneruskan hasrat itu tetapi dengan syarat hanya Michelle sahaja yang boleh menjadi kekasihnya untuk filem berkenaan.
Kedua-dua bintang filem tersebut pernah bergandingan menerusi filem Polis Story 3 kira-kira 23 tahun lalu. Ketika itu Michelle baru memulakan kerjaya lakonannya di Hong Kong.
Sementara itu, menerusi laman Facebook miliknya, Jackie berkongsi kegembiraannya bertemu dengan Michelle.
“Perkara yang paling gembira ialah bertemu dengan rakan lama saya, Michelle. Saya benar-benar menghargai setiap saat dan peluang kami dapat berjumpa dengannya kerana kami sangat sibuk dan jarang sangat dapat bertemu. Dalam buku terbaharu saya, saya ada menulis tentang dia,” katanya.
Related Posts:
Fiza Halim Keguguran' Lepas Hamil Tujuh Minggu Fiza Halim Keguguran Lepas Hamil Tujuh Minggu | Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Adam mendedahkan isteri tercintanya iaitu Fiza Halim tel… Read More
Johan Anggap Penulis Blog Tiada Etika??Sering kecewa terhadap artikel yang dikeluarkan oleh penulis blog, Johan (Raja Lawak) mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi ruang kepada golong… Read More
[9 Gambar]terkini Farrah Waheeda, isteri Yassin SYJSiapa tidak kenal dengan Yassin yang pernah menganggotai kumpulan Senario, pun begitu ramai tidak pernah melihat wajah isteri Yassin. Dengan reaksi d… Read More
[Gambar] Mia Ahmad bukan isteri degil dan mengada-ada.. Beliau adalah seorang yang manja. Kini nama pelakon cantik menawan Mia Ahmad dah popular dan dia digilai peminat. Segala-galanya kerana drama telenovela Hati Perempuan di slot Akasia… Read More
[Gambar] Penyampai Berita Wanita Cantik Dari Taiwan Jadi Viral Di Jepun Viral yang berlaku di Asia mungkin kerana ciptaan Internet yang hanya melihat wanita cantik mula memberi kesan yang semakin meningkat. Kali ini satu… Read More
0 comments:
Post a Comment